awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar monetari kekal akomodatif bagi ekonomi negara - Timbalan Gabenor BNM

Bernama
Bernama
08/06/2022
09:46 MYT
Dasar monetari kekal akomodatif bagi ekonomi negara - Timbalan Gabenor BNM
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata keadaan Malaysia berbeza dari negara lain dan penting untuk menormalkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dasar monetari Malaysia kekal akomodatif bagi ekonomi negara cuma tidak pada tahap yang diperlukan seperti semasa kemuncak pandemik kerana kenaikan perlahan-alahan kadar dasar semalaman (OPR) daripada paras terendahnya pada 1.75 peratus kepada 2.0 peratus akan membolehkan pasaran menyelaras dengan sewajarnya.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata keadaan Malaysia berbeza dari negara lain dan penting untuk menormalkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi.
“Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas adalah berasaskan kepada trajektori pertumbuhan negara yang berada di kedudukan kukuh, mendapat rangsangan daripada permintaan domestik selain inasi yang terkawal dan pemulihan pasaran buruh,” katanya.
Bagi meningkatkan lagi ekonomi, beliau menekankan kepada keperluan untuk melakukan pembaharuan struktur termasuk menarik industri tokokan nilai tinggi dan pelaburan asing bernilai tinggi.
Abdul Rasheed menjelaskan kenaikan kadar faedah akan dilakukan secara berhati-hati dan beransur-ansur bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan sebarang kenaikan akan mengambil kira masa dan magnitud pelarasan pasaran kepada kenaikan kadar OPR.
“Pelarasan pasaran kepada kenaikan kadar akan bergantung kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya semasa persidangan Invest Asean 2022 hari ini.
Abdul Rasheed merupakan antara ahli panel pada sesi yang diadakan hari ini bertajuk ‘Malaysia: Economy at Crossroads’, di samping Timbalan Ketua Setiauasaha Perbendaharaan (Polisi) Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican dan pengarah unit ekonomi dan perniagaan dan pemangku pengarah penyelidikan Institut Demokrasi dan Hak Ehwal Ekonomi Dr Juita Mohamad.
Sementara itu menjawab pertanyaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan, Johan menolak kemungkinan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) tahun ini.
"Tiada cukai akan dilaksanakan sehingga ekonomi benar-benar pulih,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi malaysia
#sokongan monetari
#kadar dasar semalaman
#OPR
#Timbalan Gabenor Bank Negara
#BNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan