KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengalu-alukan semua syarikat bumiputera, termasuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan automotif, untuk memohon permit import (AP) Terbuka yang diluluskan untuk mengimport kereta terpakai.
Langkah itu, menurut ahli ekonomi Geoffrey Williams, akan mewujudkan ekosistem yang lebih tangkas dan berdaya saing serta membantu meningkatkan inovasi dipacu pasaran dan akses kepada model baharu dengan lebih cepat.
Williams berkata kelonggaran itu akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna dan juga membantu menjadikan kenderaan lebih mampu milik.
"AP telah menjadi halangan utama kemasukan pasaran selama bertahun-tahun jadi melonggarkan sekatan ini akan membantu membuka sektor automotif dan menjadikannya lebih berdaya saing.
"Ia akan membantu sektor automotif berkembang kerana penyedia tempatan kini cukup kuat untuk bersaing," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini, MITI mengumumkan mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi melibatkan diri dalam aktiviti pengimportan dan jualan kenderaan di Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2024.
MITI berkata langkah itu selaras dengan usahanya untuk terus meningkatkan keterangkuman dan ketelusan dalam proses permohonan AP Terbuka.
"Syarikat bumiputera yang ingin memohon AP Terbuka mestilah syarikat sendirian berhad; 100 peratus milik bumiputera; mempunyai modal berbayar RM1 juta dan telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun.
"Ini akan membantu syarikat bumiputera bersaing," katanya
Menurutnya, walaupun syarikat bumiputera baharu ada yang tidak pernah terlibat dalam sektor automotif, kepentingan utama perniagaan mereka ialah fungsi jualan, pemasaran dan sokongan selepas jualan.
"Pengeluaran AP adalah untuk mengimport kenderaan sebagai produk buatan sepenuhnya jadi pengalaman dalam automotif tidak begitu penting.Ini pada dasarnya adalah fungsi sokongan jualan, pemasaran dan selepas jualan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Williams berkata, langkah itu akan mewujudkan ekosistem yang lebih tangkas dan berdaya saing serta membantu meningkatkan inovasi dipacu pasaran dan akses kepada model baharu dengan lebih cepat.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dasar permit import terbuka akan wujud ekosistem automotif berdaya saing - Ahli Ekonomi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengalu-alukan semua syarikat bumiputera, termasuk yang tidak mempunyai pengalaman dalam perdagangan automotif, untuk memohon AP.