FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka melantun semula dan mengakhiri tahun ini dengan prestasi lebih kukuh di tengah-tengah ketidaktentuan global, penutupan perniagaan dan pengurangan hasil korporat yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
AmInvestment dalam laporan ekuitinya hari ini berkata, petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh daripada kedua-dua pelabur institusi dan runcit yang berjaya meneutralkan jualan berterusan oleh pelabur asing.
Firma penyelidikan itu berkata mudah tunai kukuh itu dipacu oleh sentimen minat risiko global, yang didorong oleh antara lainnya, pakej rangsangan fiskal dan monetari besar-besaran oleh bank pusat dan kerajaan di seluruh dunia.
Penilaian semula besar-besaran baru-baru ini ke atas pendapatan harga bagi sektor sarung tangan getah yang telahpun tinggi -- yang kini menyumbang sembilan peratus daripada wajaran FBM KLCI disebabkan oleh permintaan kukuh terhadap peralatan perlindungan peribadi susulan pandemik COVID-19 -- juga membantu meningkatkan prestasi indeks itu.
"Kami menjangka prestasi ini berterusan walaupun selepas berakhirnya pandemik berikutan kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan yang tinggi di seluruh dunia, "kata firma penyelidikan itu..
Keseluruhan prestasi pasaran
Menurut Bloomberg, FBM KLCI diniagakan antara paras 1,207.80-1,694.55 dalam tempoh jajaran 52-minggu dengan pulangan setakat tahun ini pada -6.32 peratus.
Prestasi pasaran terjejas oleh pertelingkahan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China, harga minyak mentah yang tidak menentu, penurunan permintaan komoditi serta pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan penutupan perniagaan di seluruh dunia.
Bagaimanapun, beberapa sektor utama -- terutamanya sektor penjagaan kesihatan -- menjadi kaunter untung paling utama semasa bermula penularan pandemik itu.
Kaunter untung utama termasuklah Top Glove, Hartalega serta Rubberex Corp -- syarikat-syarikat yang terlibat dalam membekalkan sarung tangan perubatan di seluruh dunia.
Top Glove, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, kini merupakan saham permodalan pasaran ke-13 terbesar di Bursa Saham Singapura dengan permodalan pasaran SGD11.40 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, Top Glove mengumumkan ia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM227.11 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 2020 dengan hasil sebanyak RM2.44 bilion.
Harga sahamnya meningkat lebih daripada berganda daripada purata RM8 sesaham pada Mac kepada RM16.04 hari ini.
Top Glove juga merupakan satu daripada saham komponen Indeks MSCI Global Standard, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI, Indeks FBM 100, Indeks FBM Emas, Indeks FBM Hijrah Syariah, Indeks FBM Emas Syariah, Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia dan Dow Jones Sustainability Index (DJSI) bagi Pasaran Sedang Pesat Membangun.
Di keseluruhan pasaran, segmen komoditi, utiliti dan pembinaan menunjukkan petanda pemulihan selepas jatuh awal tahun ini disebabkan penurunan permintaan, harga minyak yang tidak menentu serta penangguhan tempoh pembinaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang penganalisis berkata susulan pembukaan semula ekonomi, pasaran global dijangka bangkit daripada penurunan pada suku kedua menjelang akhir tahun ini.
"Dengan aktiviti pelancongan tempatan dijangka bermula kembali pada suku ketiga, kami menjangkakan aliran meningkat pada suku keempat dalam semua sektor.
"Kita berdepan tempoh yang sukar, tetapi dengan strategi yang betul serta usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan dan merancakkan semula perniagaan kecil yang terjejas akibat PKP, Malaysia berada di landasan untuk mencapai pemulihan pada akhir tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh. - Gambar hiasan
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.