Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said meninggal dunia

Allahyarham yang dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, merupakan antara tokoh sastera tanah air yang banyak menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan Melayu. - Gambar Astro AWANI
Allahyarham yang dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, merupakan antara tokoh sastera tanah air yang banyak menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan Melayu. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said meninggal dunia pada pukul 6.01 petang Selasa pada usia 91 tahun.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Datin Seri Rashidah Dahan, yang turut mengesahkan jenazah Allahyarham masih berada di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi urusan pelepasan.

Menurut Rashidah, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk urusan seterusnya, namun waktu pelepasan dari HKL masih belum dimuktamadkan

Advertisement

Menurut Rashidah, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk urusan seterusnya, namun waktu pelepasan dari HKL dan ketibaan di masjid berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Allahyarham yang dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, merupakan antara tokoh sastera tanah air yang banyak menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan Melayu.

Sepanjang kerjaya penulisannya, beliau menghasilkan pelbagai karya merangkumi novel, puisi, drama, cerpen dan esei, sekali gus menjadikannya antara sasterawan paling prolifik negara.

Antara karya terkenal beliau termasuk Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Hujan Pagi dan Lantai T. Pinkie.

Karya Salina turut diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris dan Perancis, manakala beberapa karya lain diadaptasi ke pentas teater dan drama.

Sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan turut mendapat pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Pejuang Sastera pada 1976, SEA Write Award pada 1979 dan Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Beliau turut menerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 1997.

Pemergian tokoh berkenaan merupakan kehilangan besar kepada dunia kesusasteraan tanah air, khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa dan karya sastera Melayu.

Must Watch Video

Advertisement