KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi dua kementerian.

Kementerian berkenaan adalah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

RUU peringkat jawatankuasa kedua-dua kementerian itu diluluskan menerusi undian suara dengan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Peruntukkan MAFI adalah sebanyak RM3.2 bilion.

Secara keseluruhan seramai 26 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan membabitkan kementerian berkenaan.

Sementara itu peruntukan KPDNHEP adalah sebanyak kira-kira RM1.5 bilion.