Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 September 2026.

  1. Agong perkenan Najib jalani baki hukuman secara tahanan rumah hingga Ogos 2028

    Pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

  2. Dakwaan sebar amalan dukun, sihir, 'New Age': Marhamah beri tempoh 24 jam

    Marhamah menafikan segala tohmahan yang dibuat ke atasnya selain menuntut pihak terbabit menarik balik penerbitan berkenaan.

  3. Hannah Yeoh nafi pernah tandatangan dokumen perintah tahanan rumah Najib

    Hannah turut berkongsi tangkap layar pengesahan laporan yang dihantar kepada MCMC berhubung perkara itu.

  4. Representasi ditolak, bicara kes Zamri Vinoth bermula April tahun depan

    Mahkamah menetapkan 21 dan 22 April tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

  5. Kerajaan Negeri Sembilan, MB jangan tunduk tekanan politik - PM Anwar

    Isu membabitkan usaha memakzulkan atau menurunkan Raja bukan perkara kecil kerana negara berpegang kepada prinsip Raja Berperlembagaan.

  6. Tahanan rumah Najib: UMNO lancar tabung, bantu lunas denda RM50 juta - Ahmad Zahid

    Kutipan itu terbuka kepada kepimpinan, ahli dan penyokong parti serta mana-mana pihak yang mahu memberikan sokongan secara sukarela.

  7. Tahanan rumah: Pengampunan bersyarat Najib tidak jejas ketegasan kerajaan perangi rasuah - PM Anwar 

    Semua kes rasuah, termasuk melibatkan Najib yang masih berjalan, perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang.

  8. Permohonan Albert Tei pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi ditolak

    Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan ahli perniagaan Albert Tei untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
     
  9. Harga arang batu cecah paras tertinggi, tekan kos penjanaan elektrik negara - Akmal Nasrullah

    Kenaikan harga arang batu di pasaran global terus memberi tekanan kepada kos penjanaan elektrik negara, susulan lonjakan harga bahan api itu sepanjang September.
     
  10. Semua ada peranan uruskan penggunaan masing-masing - TNB

    Itu pandangan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Shamsul Ahmad ketika ditanya sama ada penggunaan elektrik pengguna domestik boleh kembali di bawah paras 600 kilowatt jam (kWh) sebulan.

Must Watch Video

Advertisement