Dengan sasaran untuk menyebarkan kebaikan minuman susu, Dutch Lady Malaysia meraikan Hari Susu Sedunia tahun ini dengan menyediakan 10,000 pek susu kepada murid-murid sekolah rendah.
Acara sambutan hari ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar, Subang Jaya, dimana trak-trak susu Dutch Lady telah dilancarkan dengan rasmi untuk menghantar susu Dutch Lady ke sekolah-sekolah.
Bercakap semasa majlis perasmian, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata bahawa tahun 2018 menandakan ulang tahun ke-55 syarikat Dutch Lady dalam membekalkan nutrisi yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.
“Misi kami sepanjang 55 tahun yang lalu adalah untuk membekalkan nutrisi kepada negara ini. Beberapa generasi rakyat Malaysia telah membesar dengan susu Dutch Lady sepanjang tempoh ini dan mereka kemudiannya memilih jenama kami untuk diberikan kepada anak-anak mereka.
"Ini telah memberikan kami motivasi yang lebih tinggi untuk membekalkan warga Malaysia dengan nutrisi yang lebih baik yang boleh diperolehi daripada susu,” kata Gupta.
Tambahnya, Hari Susu Sedunia merupakan sambutan yang sangat penting untuk Dutch Lady Malaysia kerana ia meraikan sumbangan penting sektor tenusu terhadap, kemapanan, pembangunan ekonomi, kehidupan dan pemakanan.
Tetapi yang lebih penting lagi adalah sambutan ini meraikan kepentingan susu sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
Memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan, beliau turut berkongsi kelebihan susu dalam bulan puasa.
“Susu dan buah kurma merupakan pasangan makanan yang sempurna untuk bersahur semasa Ramadan. Selain daripada memberi nutrisi yang seimbang, susu dan kurma boleh membantu memberi tenaga sepanjang hari semasa Ramadan kepada mereka yang berpuasa,” katanya.
Sambutan bermula dengan meriah bermula di Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar, di mana trak-trak susu Dutch Lady yang berwarna biru telah dilancarkan untuk memulakan perjalanan menghantar 10,000 pek susu bernutrisi ke sekolah-sekolah rendah
Majlis perasmian turut dihadiri oleh Ketua Sektor Perancangan Strategik, Cyril Christopher Singgam, Kementerian Pendidikan dan para pengetua SK Dato’ Jaafar Onn, SJK (C) Tun Tan Cheng Lock dan SJK (T) Tun Sambanthan serta tiga buah sekolah wawasan di Subang Jaya.
Astro Awani
Thu May 31 2018
Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata tahun 2018 menandakan ulang tahun ke-55 syarikat Dutch Lady dalam membekalkan nutrisi yang berkualiti kepada rakyat Malaysia. - Foto Astro AWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Niaga AWANI: Nestle Malaysia naikkan harga 22 produknya mulai 1 Julai 2024 hingga 6 peratus
Nestle (Malaysia) Bhd dijadual menaikkan harga bagi 22 produknya mulai 1 Julai, menurut Gabungan Persatuan Peniaga Barangan Pelbagai Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MyIPO mempelopori projek Agriculture 4.0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan bahawa MyIPO telah dipilih oleh World Intellectural Property Organisation (WIPO) sebagai salah satu negara di Asian Tenggara (ASEAN) untuk mempelopori projek Agriculture 4.0.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
Dutch Lady jual tanah kilang di Petaling Jaya
Ejen hartanah bebas telah dilantik untuk mendapatkan tawaran daripada pasaran terbuka.
Dutch Lady Malaysia raikan Hari Susu Sedunia dengan 10 ribu pek susu percuma
10,000 pek susu diagihkan sebagai khasiat untuk generasi masa depan semasa bulan Ramadan.
KKM siasat susu bayi Dutch Lady didakwa tiruan
Kementerian Kesihatan akan lakukan siasatan termasuk pemeriksaan ke atas susu berkenaan yang didakwa tiruan.