BISNES
e- Invoice: Pembayar cukai jangan tunggu saat akhir - Amir Hamzah

Amir Hamzah (tengah) ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois 2025 (Siri 2) Peringkat Nasional di Wisma Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Pembayar cukai di seluruh negara diminta membuat persediaan awal dan tidak menunggu saat akhir bagi pelaksanaan sistem e-Invois yang sedang diperluaskan secara berperingkat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Ringkasan AI
- Pembayar cukai disaran bersedia lebih awal untuk pelaksanaan sistem e-Invois yang diperluas secara berperingkat, dengan fasa baharu bermula 2026.
- Fasa keempat bermula 1 Jan 2026 untuk perniagaan jualan tahunan RM1 jutaRM5 juta, manakala fasa kelima bermula 1 Julai 2026 untuk jualan sehingga RM1 juta. Ambang pengecualian dinaikkan kepada di bawah RM500,000.
- Setakat ini, 102,800 pembayar cukai terlibat dengan 563 juta e-Invois dihantar. Program Jelajah Mega e-Invois diteruskan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman.
Beliau berkata sekiranya terdapat sebarang cabaran atau perkara yang memerlukan perbincangan lanjut, pihak LHDN sentiasa bersedia untuk berbincang bagi memastikan isu dan cabaran yang dihadapi pembayar cukai dapat diatasi.
Amir Hamzah berkata pihaknya menjangkakan lebih kurang 130,000 pembayar cukai akan terlibat dalam fasa ini.
Setakat ini, lebih 102,800 pembayar cukai telah terlibat dalam pelaksanaan fasa pertama hingga ketiga, dengan sejumlah 563 juta e-Invois telah dihantar ke sistem HASiL.
Pencapaian ini menunjukkan sambutan positif daripada pembayar cukai termasuk melaksanakan e-Invois secara sukarela lebih awal dari garis masa mandatori.
"Kalau tengok dari segi fasa satu sampai fasa tiga, kita sudah ada lebih kurang 104,000 pembayar cukai yang telah buat e-Invoice setakat kini dan setakat kini pun kita dah dapat sebanyak 563 juta e-Invoice yang dah masuk ke dalam sistem LHDN.
"Jadi, kita rasa sambutannya baik. Bila kita berganjak kepada fasa keempat, dijangka lebih kurang 130,000 pembayar cukai yang lain yang akan masuk kepada fasa keempat," katanya lagi.
Beliau berkata kerajaan telah bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan e-Invois mandatori dengan memperkenalkan dua fasa baharu iaitu fasa keempat bagi perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM1 juta dan sehingga RM5 juta mulai 1 Jan, 2026, serta fasa kelima untuk perniagaan dengan jualan tahunan sehingga RM1 juta bermula 1 Julai, 2026.
Selain itu, nilai ambang pengecualian pelaksanaan e-Invois turut dinaikkan daripada jualan tahunan di bawah RM150,000 kepada di bawah RM500,000 bagi memberi manfaat kepada peniaga mikro dan kecil.
Amir Hamzah berkata demikian selepas merasmikan Majlis Jelajah Mega E-Invois Siri 2 Peringkat Nasional di Menara Hasil di sini pada Selasa.
Jelasnya, Program Jelajah Mega e-Invois oleh HASiL adalah usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan pengetahuan mengenai pelaksanaan e-Invois, khususnya kepada pembayar cukai Fasa Keempat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami