ALOR SETAR: Pemilihan ECK Group of Companies (ECK) menyertai usaha sama dengan kerajaan negeri Kedah bagi membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dibuat selepas syarikat itu diyakini mempunyai dana mencukupi bagi melaksanakan projek itu.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri, ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.
"Kita cari syarikat yang ada keupayaan kewangan dan berdasarkan cadangan yang dihantar kepada kita. Banyak syarikat yang memohon tetapi banyak yang tidak ada 'proof of fund' (bukti dana), dari mana sumber kewangan mereka nak dapat...tetapi syarikat ini (ECK) boleh sebab dia ada 'proof of fund.'
"Atas dasar itulah ECK dilantik dengan syarat dalam tempoh enam bulan ia kena lengkapkan penubuhan syarikat bertujuan khas (SPV), kena beri fi komitmen di Pejabat Tanah dan Galian sebanyak 120 peratus (merangkumi) anggaran kos pengambilan tanah dan mesti melepasi 'due diligence' yang ditetapkan KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pihak yang mempersoal keputusan kerajaan negeri itu memilih ECK menyertai projek itu atas alasan ECK didakwa tidak mempunyai pengalaman membina lapangan terbang atau projek berskala besar.
Muhammad Sanusi juga menegaskan bahawa isu utama dalam projek pembinaan lapangan terbang itu adalah masalah kewangan selepas kerajaan persekutuan tidak dapat menyediakan pinjaman kepada kerajaan negeri pada masa ini.
Susulan itu, kerajaan negeri telah mengambil pendekatan inisiatif kewangan swasta (PFI) dengan memperlawa syarikat yang berminat menyertai projek itu bersama-sama KXP AirportCity Holdings yang telah ditubuhkan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Mengulas mengenai dakwaan bahawa ECK tidak berpengalaman dalam projek pembinaan lapangan terbang, Muhammad Sanusi berpandangan itu bukanlah satu isu memandangkan syarikat itu boleh bekerjasama dengan syarikat atau individu yang mempunyai pengalaman berkaitan.
"Kita beri kelulusan selama enam bulan kepada mereka untuk tubuhkan SPV dan melantik ahli lembaga pengarah SPV. Selepas enam bulan kalau gagal, kita akan lantik syarikat lain yang mempunyai keupayaan kewangan untuk dipelawa sebagai rakan kongsi," katanya.
Dalam kenyataan sebelum ini, ECK mengumumkan ia menyertai usaha sama dengan kerajaan negeri Kedah bagi membangunkan KXP dan akan menubuhkan SPV yang akan dipengerusikan oleh Tunku Laksamana Kedah Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021
Muhammad Sanusi berkata berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri, ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Muhyiddin fail kebenaran semak semula keputusan panel hakim
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin fail permohonan kebenaran Mahkamah Rayuan untuk semak keputusan oleh panel hakim yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa RM232.5 juta.
Tawaran RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilabur
Pulangan RM1 juta bagi setiap RM1,000 yang dilaburkan. Itu taktik yang digunakan sindiket penipuan skim pelaburan IKS Sabah unruk memperdaya mangsa.
ECK mempunyai dana bangunkan projek KXP - Muhammad Sanusi
ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.