Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) perlu meningkatkan usaha untuk merangsang pelaburan di wilayah itu bagi mengekalkan pertumbuhan dan mewujudkan peluang pekerjaan, kata Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.
Beliau menggesa negara anggota membangunkan lebih banyak infrastruktur yang lebih baik sebagai elemen penting dalam perhubungan dan membuka peluang pekerjaan, memudahkan perdagangan dan menangani ketidakcekapan dalam rangkaian bekalan.
"Kita mesti bekerja bersama-sama bagi memastikan kestabilan kewangan, prasyarat penting untuk aktiviti ekonomi mampan, termasuk perdagangan dan pelaburan," katanya dalam ucapan dasar pada Sidang Kemuncak CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Apec 2013 di sini hari Ahad.
Menurut Dana Kewangan Antarabangsa, Apec dijangka berkembang 6.3 peratus tahun ini dan 6.6 peratus pada 2014 -- iaitu lebih daripada dua kali ganda purata dunia.
Pada masa ini, ekonomi Apec menyumbang 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan 44 peratus dagangan dunia.
Dagangan rantau ini berkembang tujuh kali ganda sejak 1989, dengan mencatat lebih US$11 trilion pada 2011.
Dalam persekitaran ekonomi semasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat lepas dilaporkan berkata bahawa Malaysia dan China diunjur merealisasikan dagangan dua hala berjumlah US$160 bilion menjelang 2017.
Pada mesyuarat tertutup dengan Presiden China, Xi Jinping, di Kuala Lumpur, kedua-dua pemimpin turut membincangkan program kerjasama lima tahun dalam bidang ekonomi dan perdagangan selain bersetuju meningkatkan kerjasama semasa antara kedua-dua negara menerusi usaha sama strategik yang menyeluruh.
"Kami juga membincangkan kerjasama yang lebih baik dalam perkhidmatan kewangan. Kami mahu melihat lebih banyak perdagangan antara kedua-dua negara diselesaikan menggunakan mata wang Renminbi dan Ringgit," kata Najib.
Bernama
Mon Oct 07 2013
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
Ekonomi APEC mesti rangsang pelaburan untuk kekalkan pertumbuhan
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menggesa negara anggota membangunkan lebih banyak infrastruktur yang lebih baik.