Dalam era digital ketika ini, e-hailing tidak hanya berperanan sebagai penyelesaian pengangkutan, tetapi ia berfungsi dalam landskap lebih luas termasuk pembayaran tanpa batasan dan pewujudan kerja, serta mencorakkan gaya hidup dan ekonomi.
Apa yang kita lihat dalam masyarakat hari ini adalah betapa pengguna khususnya generasi muda amat bergantung kepada kaedah perkhidmatan itu dan bagaimana gangguan dalam segmen itu berpotensi melumpuhkan pendapatan ribuan yang bergantung pada segmen ekonomi itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa tatkala sektor itu kian berkembang, perlu ada pengawalseliaan untuk menjamin keselamatan penggunanya, serta kebajikan mereka yang terbabit dalam segmen ekonomi yang sedang berkembang maju itu.
LEDAKAN E-HAILING
Pada 2012, industri teksi tempatan mula menggunakan digital untuk menghubungkan pemandu teksi dengan pelanggannya, di bawah payung MyTeksi.
Bagaimanapun, pada 2014 Uber mula memasuki Malaysia, yang mengalihkan asas untuk e-hailing kerana ia turut termasuk kereta peribadi, bukan hanya kenderaan komersial.
Menurut laporan terbaru oleh pihak berkuasa yang berkenaan, setakat ini, terdapat 42 penggiat e-hailing dalam landskap semasa.
Industri ini semakin berkembang maju apabila lebih banyak orang bergantung kepada e-hailing terutamanya di kawasan bandar berikutan pilihan jaringan perhubungan menyeluruh dalam pengangkutan awam tidak boleh dipercayai dari segi ketepatan masa.
Lebih menarik adalah e-hailing kini telah menggabungkan e-dompet, serta pembayaran tanpa tunai, menghubungkan akaun e-hailing ke kad kredit dan kad debit.
Dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan digital untuk menggalakkan penggunaan e-dompet di Malaysia.
Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima bayaran sekali sahaja sebanyak RM30 melalui e-dompet mereka.
Untuk menebus rangsangan RM30 ini, pengguna perlu mempunyai akaun e-dompet yang disahkan daripada pembekal terpilih, dan pembayaran sekali sahaja boleh dituntut dalam tempoh dua bulan mulai 1 Jan hingga 29 Feb, 2020.
Penyedia perkhidmatan e-hailing serta penggiat e-dompet paling terkemuka, Grab serta Grab Pay telah membolehkan rakyat Malaysia bergerak dari satu hujung ke tempat yang lain dengan mudah, memesan makanan, melakukan penghantaran dan membayar pelbagai bil.
Ledakan e-hailing yang digabungkan dengan kemajuan teknologi telah memberi rangsangan kepada perniagaan serta membuka pintu kepada ramai rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan.
Ini telah membawa kepada pertumbuhan apa yang kita panggil hari ini sebagai ekonomi gig.
KEBANGKITAN EKONOMI GIG
Ekonomi gig adalah pasaran buruh yang dicirikan oleh kelaziman kontrak jangka pendek atau kerja sambilan yang dilakukan oleh individu.
Berdasarkan data Bank Dunia, penyertaan Malaysia dalam ekonomi gig kini berada pada 26 peratus dan angka itu dijangka berkembang pesat pada tahun-tahun akan datang.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Planetmahir Sdn Bhd, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata dalam tempoh lima tahun akan datang, jumlah itu dijangka meningkat kepada lebih 40 peratus.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, 25 peratus pekerjaan tradisional akan hilang dan akan digantikan oleh automasi yang disokong oleh kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan.
"Kita perlu menggalakkan generasi muda untuk menceburi industri kreatif, untuk berfikir di luar kebiasaan kerana robot tidak mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif seperti manusia," katanya.
Berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), peningkatan ekonomi gig dan penduduk yang semakin berusia dijangka menyebabkan penurunan peratusan pekerja yang menyumbang kepada dana itu.
Ini berbeza dengan pekerjaan tetap apabila pekerja sektor swasta mencarum kepada KWSP sementara penjawat awam mempunyai pencen awam.
PENGAWALSELIAAN EKONOMI GIG MELIBATKAN E-HAILING
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mempunyai rancangan untuk mengawal selia industri yang sedang berkembang pesat itu untuk memastikan kebajikan pekerja dilindungi.
Dalam satu sesi persidangan Dewan Rakyat, Dr Mahathir berkata mereka yang diambil bekerja dalam ekonomi gig tidak dapat menikmati faedah seperti mereka yang mempunyai pekerjaan tetap dan berisiko dilayan dengan buruk oleh majikan mereka.
Dalam kes bantahan baru-baru ini membabitkan penunggang perkhidmatan foodpanda yang mendakwa bayaran dan kebajikan mereka tidak dijaga, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membawa isu itu kepada perhatian Kabinet.
Beliau berkata kerajaan akan mencari jalan untuk memastikan pasaran yang lebih kompetitif bagi para penggiat sektor itu terutamanya apabila ada pihak yang mendakwa mereka mengawal pasaran.
Berhubung rancangan jangka panjang, Kabinet juga memutuskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan membentuk jawatankuasa khas untuk mengkaji isu ekonomi gig.
Bagi pemandu Grab, kerajaan telah mewajibkan setiap daripada mereka mendapatkan lesen kenderaan perkhidmatan awam, serta mendapatkan insurans yang relevan.
Bagaimanapun, Ahmad Ramzi menegaskan bahawa pengawalseliaan bukan hanya membabitkan pendapatan yang diperoleh tetapi juga rancangan masa depan bagi mereka yang terlibat dalam ekonomi gig.
Memetik Gojek sebagai contoh, beliau berkata platform perkhidmatan itu perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam platform itu, yang akan membawa kepada pewujudan pekerjaan baharu.
"Kira-kira 10 peratus daripada penunggang mereka akan lulus setiap tahun, di mana dalam proses mereka belajar bagaimana untuk menjadi usahawan, mereka perlu mendapatkan kemahiran lain seperti pengucapan awam dan gubahan bunga.
"Dari sini, mereka boleh memecahkan kitaran dan Gojek boleh mengambil rekrut baharu," katanya.
Dalam konteks Malaysia, beliau berkata, Kementerian Pelajaran, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, perlu meningkatkan kemahiran mereka yang terlibat dalam ekonomi gig untuk memecahkan kitaran itu.
Beliau juga mencadangkan kerajaan menjalankan kajian terperinci mengenai kitaran ekonomi gig, terutamanya apa yang akan berlaku dalam tempoh selepas 10 tahun dari sekarang.
"Untuk langkah jangka pendek, kerajaan perlu melihat kepada tiga komponen utama; mengawal selia gaji pokok, hak pekerja untuk mencarum kepada KWSP, insurans dan Pertubuhan Keselamatan Sosial, serta memastikan keadaan berkerja yang lebih baik, " katanya.
Bagi generasi muda, katanya, dengan kebangkitan ekonomi gig, ia menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh di universiti sahaja masih tidak mencukupi tanpa kemahiran insaniah.
"Ekonomi gig adalah perangkap kemahiran. Jika seseorang tidak cuba memecahkan kitaran itu, masa depan akan menjadi kelam tanpa ada laluan kerjaya untuk berkembang. Lebih teruk lagi, mereka tidak akan mempunyai simpanan untuk masa depan dan malah tidak mampu untuk menampung kehidupan semasa, yang melebarkan lagi jurang pendapatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 02 2019
Memetik Gojek sebagai contoh, platform perkhidmatan itu perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam platform itu, yang akan membawa kepada pewujudan pekerjaan baharu. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori
Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini.
Parlimen: OKU miliki lesen memandu kelas D/DA boleh mohon lesen PSV e-hailing
Dasar semasa tidak menghalang Orang Kurang Upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas D/DA untuk memohon PSV E-Hailing.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.
Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony
MOT belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.
Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham
Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.