Ekonomi global memerlukan satu pakej rangsangan bernilai AS$3.7 trilion untuk kembali ke landasan pertumbuhan memandangkan ia kini mengharungi tempoh yang mencabar dan tidak menentu, kata penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed berkata pada awal tahun ini, IQI memberitahu pelanggannya bahawa kestabilan makroekonomi mendapat lebih perhatian di banyak negara, khususnya dalam kalangan negara maju.
Berkongsi pandangannya mengenai bagaimana ekonomi makro global dapat keluar daripada tempoh kelembapan pada masa ini ketika temubual eksklusif dengan Bernama TV pada Rabu, Shan berkata, setakat ini, sebanyak 17 negara telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$57 bilion untuk mendorong pertumbuhan ekonomi.
Beliau berkata jumlah tersebut amat kecil dan tidak ketara dan menurutnya ekonomi global memerlukan amaun yang lebih besar untuk menangkis kemelesetan.
Shan menyifatkan bahawa peranan dasar fiskal dan monetari menjadi amat strategik dalam mengharungi keadaan yang tidak stabil ini.
"Kesemua ekonomi mempunyai penggalak dasar yang serupa untuk mendorong pertumbuhan, bergantung kepada kestabilan makroekonomi dan cabaran.
"Dasar monetari merupakan domain bank pusat manakala dasar fiskal kekal di bawah bidang kuasa kerajaan," katanya.
Shan yang mempunyai lebih 19 tahun pengalaman dalam pasaran kewangan yang kukuh membabitkan perbankan swasta, pengurusan risiko/pematuhan, pelaburan komoditi, ekonomi global, jenama dan strategi perniagaan berkata, sejak 12 tahun lepas, bank pusat menggalas tanggung jawab sepenuhnya dalam menyampaikan matlamat ekonomi.
"Pelabur bukannya tidak mempunyai pilihan. Namun, mahu bank pusat di negara-negara maju memainkan peranan penting. Bank pusat di negara-negara maju seperti Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed), European Central Bank (ECB), Bank of Japan (BoJ) dan Bank of England (BoE) telah menggunakan penurunan kuantitatif (QE) untuk merangsang pertumbuhan, namun, terbukti telah gagal," katanya.
QE melibatkan kadar pertumbuhan pada masa depan yang sebaliknya memberi bebanan kepada pelanggan, katanya.
"Menurut laporan risikan pasaran Juwai IQI, ekonomi global memerlukan AS$3.7 trilion untuk kembali mencatat semula trajektori pertumbuhan. Kami telah melakukan perkiraan iaitu AS ($800 bilion), China ($700 bilion), Eropah ($400 bilion), Jepun ($200 bilion), United Kingdom ($300 bilion), Asia Pasifik ($300 bilion), Australia ($100 bilion), Afrika ($300 bilion), Amerika Selatan ($300 bilion) dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ($200 bilion)," katanya memetik sumber risikan pasaran IQI Strategic, Economist, Financial Times, Wall Street Journal, laporan negara dan CNBC.
Menurut Shan, kerajaan mempunyai peranan penting untuk memulihkan kembali keyakinan dalam landskap ekonomi.
"Pada pandangan saya, pasaran terpaksa cuba bertahan dengan kesannya terpaksa ditanggung oleh pelabur.
"Pelabur kerugian AS$15.7 trilion bagi pasaran ekuiti dalam 67 hari pertama ini. Pelabur terpaksa mengelak dengan beralih kepada aset bon di mana hasilnya adalah rendah," katanya.
Beliau berkata bon kedaulatan global bernilai AS$17.3 trilion adalah rendah, meningkat daripada AS$10.3 trilion pada 2016.
"Apa yang perlu adalah untuk bank pusat dan kerajaan menjalin kerjasama untuk membawa kestabilan makroekonomi kepada sistem itu.
"Selalunya kestabilan ekonomi memacu pertumbuhan ekonomi dan keyakinan dalam landskap negara.
"Peranan kerajaan dan bank pusat telah menjadi sangat penting. Pada akhirnya, permintaan/ penggunaan agregat yang kukuh memacu kalkulus Keluaran Dalam Negara Kasar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020
Pelabur kerugian AS$15.7 trilion bagi pasaran ekuiti dalam 67 hari pertama ini, dan terpaksa mengelak dengan beralih kepada aset bon yang hasilnya adalah rendah. - Gambar hiasan
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.