awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2024
11:25 MYT
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli berpandangan moratorium wajar diberikan kepada mangsa banjir yang kini berdepan situasi sukar sama seperti dilakukan sewaktu pandemik COVID-19 melanda. - Foto FB Fadhli Shaari
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) dicadang untuk menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat bencana banjir.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, moratorium wajar diberikan kepada mangsa banjir yang kini berdepan situasi sukar sama seperti dilakukan sewaktu pandemik COVID-19 melanda.
"Saya harap apalah kiranya menekan atau berbincang dengan bank-bank, institusi kewangan yang ada untuk meletakkan atau memberikan moratorium paling tidak enam bulan kepada peminjam-peminjam yang terjejas akibat banjir yang sedang melanda pada hari ini," katanya.
Ahmad Fadhli berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau lagi, moratorium yang diperkenal semasa COVID-19 secara menyeluruh selama enam bulan telah diperkenalkan pada April 2020 dan telah membantu lebih lapan juta peminjam termasuk perusahaan kecil dan sederhana.
Tambah Ahmad Fadhli, moratorium juga pernah diberikan oleh bank seperti Maybank, CIMB Bank, Public Bank dan RHB Bank kepada mangsa-mangsa banjir di Lembah Klang pada 2021.
Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada bank yang telah bertindak secara proaktif beberapa hari ini apabila mengumumkan moratorium lebih awal.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#Moratorium
#Ahmad Fadhli Shaari
#Banjir 2024
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan