ISKANDAR PUTERI: Ekonomi Johor diunjur berkembang antara tiga hingga lima peratus tahun ini dengan negeri itu kini berada di landasan pemulihan, kata Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad.
Beliau berkata unjuran itu adalah berdasarkan kepada unjuran di peringkat nasional yang telah dikemaskinikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu pada tiga hingga empat peratus.
Menurutnya, ekonomi Johor kekal berada pada landasan pemulihan pada 2021 didorong terutamanya oleh peningkatan program vaksinasi di negeri ini yang sekali gus membolehkan ia beralih ke fasa berikutnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Hasni yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Benut berkata sektor ekonomi yang dibuka semula dijangka memulihkan sentimen isi rumah dan perniagaan secara beransur-ansur.
"Ekonomi Johor akan menerima faedah limpahan kesan positif daripada peningkatan permintaan luaran, permintaan terpendam domestik serta pelaburan yang berterusan dalam projek infrastruktur berskala besar," katanya pada penggal persidangan keempat Dewan Undangan Negeri Johor, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Selain itu, katanya, pakej rangsangan ekonomi (PRE) Ihsan Johor 1.0, 2.0 dan 3.0 juga berjaya memberikan sokongan aliran tunai, khususnya kepada isi rumah dan perniagaan yang terjejas.
Pada tahun lepas prestasi ekonomi Johor menguncup kepada 4.6 peratus berbanding penguncupan 5.6 peratus di peringkat nasional.
Berdasarkan penyata kewangan pada 17 Ogos, 2021, Hasni berkata, kedudukan kewangan negeri berada pada tahap stabil dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan (Rizab Negeri) berjumlah RM1.38 bilion.
Menteri Besar berkata hasil kerajaan negeri yang telah dikutip sehingga 17 Ogos berjumlah RM1.05 bilion atau 65.29 peratus berbanding anggaran asal.
"Kedudukan kewangan Negeri Johor pada ketika ini adalah pada kedudukan surplus dengan lebihan berjumlah RM 184.72 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Chew Chong Sin (PH-Mengkibol), Abd Taib Abu Bakar (PN-Machap), Khairuddin A. Rahim (PH-Senggarang), Datuk Md Othman Yusof (PN-Kukup), Aminolhuda Hassan (PH-Parit Yaani) dan Tan Chen Choon (PH-Jementah).
Kesemua ADUN berkenaan bertanyakan bagaimana mengenai prestasi ekonomi Johor semenjak pandemik COVID-19 tercetus dan unjuran prestasi bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Sektor ekonomi yang dibuka semula dijangka memulihkan sentimen isi rumah dan perniagaan secara beransur-ansur. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.