awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat termasuk kanak-kanak tadika cedera terlibat kemalangan di Serdang

Bernama
Bernama
02/08/2025
21:40 MYT
Empat termasuk kanak-kanak tadika cedera terlibat kemalangan di Serdang
Siasatan polis mendapati bas yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun berada di laluan lurus dan kemudian hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar pokok. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang guru dan tiga kanak-kanak sebuah tadika cedera selepas bas dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar pokok di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) Selangor.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.18 tengah hari semalam.
"Siasatan awal mendapati bas yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun berada di laluan lurus dan kemudian hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar pokok," katanya dalam kenyataan semalam.
Video rakaman kamera papan pemuka memaparkan kemalangan bas dinaiki lima guru dan 30 kanak-kanak itu turut tular di media sosial.
Muhamad Farid berkata tiga kanak-kanak dan guru pengiring yang mengalami kecederaan kepala menerima rawatan pesakit luar di Hospital Serdang.
Beliau berkata pemandu bas berkenaan ditahan dan permohonan reman akan dibuat esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-80742222 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak tadika cedera
#kemalangan jalan raya
#Serdang
#bas langgar pokok
#UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami