BISNES
Pulau Pinang lancar GBS By The Sea bernilai RM296 juta di Technoplex Bayan Lepas

Chow (tengah) hadir pada majlis pelancaran GBS By The Sea di Bayan Lepas semalam. - Foto Facebook Chow
GEORGE TOWN: Pulau Pinang terus memperkukuh status sebagai hab perniagaan dan teknologi global melalui pelancaran GBS By The Sea, pembangunan mercu tanda bernilai RM296 juta di Technoplex Bayan Lepas.
Ringkasan AI
- Pelancaran GBS By The Sea - Pulau Pinang melancarkan projek GBS By The Sea bernilai RM296 juta di Bayan Lepas, menandakan peralihan negeri itu ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi teknologi.
- Penyertaan Syarikat Global & Peluang Pekerjaan - Projek ini telah menarik syarikat global seperti AMD, Celestica dan Microsoft, sekali gus mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat tempatan.
- Perancangan Masa Depan GBS - GBS By The Sea menyokong agenda RMK13 dan PDC turut merancang pembangunan projek GBS kelima bernilai RM500 juta, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Pulau Pinang.
"Kemudahan di GBS By The Sea telah diisi sepenuhnya dengan tiga peneraju industri global iaitu Advanced Micro Devices Global Services (AMD), Celestica Platform and Cloud Solutions Malaysia dan Microsoft Knowledge Capital Centre.
"Syarikat global ini bukan sahaja melabur di Pulau Pinang, malah turut mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan berkualiti untuk bakat tempatan dalam bidang seperti penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan, perkhidmatan digital dan banyak lagi.
"Inilah kategori pekerjaan bernilai tinggi dan bersedia untuk masa depan yang kita mahukan untuk rakyat Pulau Pinang," katanya semasa majlis pelancaran GBS By The Sea di Bayan Lepas semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Datuk A Rajendran dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Aziz Bakar.
Chow berkata kemudahan berkenaan bukan sahaja menyediakan ruang bekerja malah turut dilengkapi dengan gimnasium, kafeteria dan tempat letak kereta enam tingkat yang menyediakan 800 petak.
Beliau menekankan bahawa GBS akan memainkan peranan penting kepada Pulau Pinang untuk tempoh akan datang, beralih daripada hab pembuatan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi maju.
"Projek seperti GBS By The Sea membantu kita melaksanakan peralihan ini bukan sekadar sebagai perancangan, sebaliknya ternyata dilaksanakan yang memberi impak kepada perniagaan dan pekerja.
"Berikutan pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberikan tumpuan kukuh peralihan kepada 'Dibuat di Malaysia' dan menyasarkan pertumbuhan lebih tinggi dan penciptaan nilai lebih tinggi, GBS By The Sea adalah selari dengan matlamat ini, dibangunkan di peringkat tempatan, memfokuskan masa depan dan membawa nilai," katanya.
Chow turut mengumumkan PDC sedang membangunkan projek GBS kelima iaitu GBS at Technoplex, pembangunan bernilai RM500 juta yang akan menyediakan ruang lebih 400,000 kaki persegi.
Beliau berkata walaupun pembinaannya belum selesai, 16 peratus daripada bangunan itu telah menerima tempahan awal daripada penyewa, mencerminkan permintaan kukuh dan keyakinan yang tinggi terhadap potensi Pulau Pinang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami