KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin ekonomi Malaysia berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan terkini antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus pada tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, petunjuk utama terkini juga mencerminkan prestasi ekonomi yang semakin positif.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada suku kedua mengukuh kepada 8.9 peratus (suku pertama 2022: 5.0 peratus), sekaligus mencatat pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus bagi separuh pertama 2022.
"Dalam tempoh suku pertama 2022, negara juga telah mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 5 peratus.
"Kadar pengangguran juga berkurangan di bawah 4.0 peratus iaitu 3.8 peratus pada Jun 2022 berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020, seiring dengan peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan yang ketara di mana penggunaan swasta meningkat sebanyak 18.3 peratus pada suku kedua (suku pertama 2022: 5.5 peratus)," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Wira Othman Aziz yang ingin tahu tahap keyakinan kerajaan dalam mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus untuk tahun 2022.
Yamani juga berkata, pelaburan langsung asing (FDI) pula telah mencatat peningkatan bagi separuh pertama 2022 kepada RM41.7 bilion berbanding RM20.2 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2021.
"Sokongan dasar Kerajaan yang konsisten, terutamanya melalui inisiatif di bawah Bajet 2022 yang mengembang dengan langkah yang giat dilaksanakan sejak awal tahun dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik tahun ini.
"Selain itu, kesan limpahan daripada pelaksanaan langkah Bajet 2021 serta pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan sebelum ini terus mendorong pemulihan ekonomi ke arah mencapai paras KDNK pra-pandemik," katanya.
Yamani berkata, momentum pertumbuhan separuh pertama 2022 juga disokong oleh aktiviti ekonomi dan sosial yang lebih rancak serta permintaan domestik dan dari luar negara yang terus memberangsangkan berikutan peralihan negara ke Fasa Endemik.
"Selain itu, pembukaan semula sempadan antarabangsa, pasaran buruh yang semakin baik dan pelaksanaan projek-projek bersifat pelaburan turut menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Kerajaan yakin ekonomi Malaysia berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan terkini antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa. - Gambar fail BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh - Yamani Hafez
Ekonomi Malaysia berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan terkini antara 5.3 dan 6.3 peratus pada tahun ini.