KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 3 peratus dan 4 peratus tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata ini disokong oleh permintaan luaran yang kukuh dan aktiviti rancak perdagangan, peningkatan pengeluaran komoditi serta penjelmaan permintaan terpendam dan pelaburan berterusan dalam projek prasarana berskala besar.
Pemulihan dijangka berterusan pada tahun depan dengan pertumbuhan dalam jajaran 5.5 hingga 6.5 peratus.
"Ini sejajar dengan unjuran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) masing-masing pada 5.8 dan 6.0 peratus.
"Pertumbuhan akan disokong oleh aktiviti ekonomi yang kembali normal secara berperingkat serta limpahan positif daripada peningkatan permintaan luaran yang berterusan," katanya dalam ucapan beliau pada Anugerah FI/DFI dan PKS 2020 Credit Guarantee Corporation (CGC) ke-26 yang diadakan secara maya, hari ini.
Tengku Zafrul berkata 2022 merupakan tahun yang kritikal kepada pemulihan ekonomi Malaysia apabila kerajaan menjangkakan lebih banyak sektor dan industri serta pekerjaan kembali pulih secara beransur-ansur.
"Justeru, menerusi Bajet 2022, kita merangka pelbagai strategi dan inisiatif, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat, perniagaan dan ekonomi mampan," katanya.
Bajet pengembangan yang bernilai RM332.1 bilion itu menimbang aspirasi Keluarga Malaysia, dan sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Beliau berkata menerusi penyelarasan ini, kerajaan menyasar untuk memastikan perniagaan bukan sahaja menerima bantuan segera tetapi juga menyokong pemulihan yang mampan.
Sementara itu, Tengku Zafrul menggesa bank dan institusi kewangan termasuk institusi kewangan pembangunan (DFI) untuk meningkatkan usaha mereka bagi membantu kerajaan memacu pemulihan ekonomi yang kukuh di samping memastikan kesinambungan perniagaan, terutamanya dalam memulakan semula perniagaan apabila ekonomi dibuka semula.
Menurutnya, bank dan institusi kewangan termasuk DFI -- sentiasa menjadi barometer kekuatan sosio-ekonomi negara dan justeru itu memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi negara.
Kerajaan menyedari banyak perniagaan kecil yang memerlukan modal untuk memulakan semula operasi tetapi berdepan kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan,oleh itu, ia telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion menerusi pelbagai skim pembiayaan mikro kredit.
"Ini termasuklah Skim Pinjaman Informal dan Mikro TEKUN, yang membolehkan pekerja tidak formal atau perusahaan mikro untuk meminjam sehingga RM10,000 dengan moratorium 12 bulan dan kadar faedah sifar peratus.
"Ini adalah tambahan kepada pelbagai skim mikro kredit yang akan dilaksanakan oleh Bank Simpanan Nasional dan Agrobank," katanya.
Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sejumlah RM14.2 bilion diperuntukkan termasuk dana khas Bank Negara Malaysia terutamanya Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar yang telah dinaikkan sebanyak RM2 bilion.
Selain itu, institusi lain seperti SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Bank Pembangunan Malaysia Bhd, AgroBank, MIDF dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga akan menyediakan dana bagi PKS.
"Semua inisiatif ini bertujuan bukan sekadar untuk membantu perniagaan memulakan semula operasi tetapi juga menyediakan ruang bagi mereka untuk membina daya tahan terutamanya dalam peralihan kepada norma baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 3 peratus dan 4 peratus tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/Astro AWANI
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.