20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam

Antara kawasan belukar dan lalang yang terbakar di sekitar Melaka pada Sabtu. - Gambar Sinar Harian
MELAKA: Sebanyak 20 kes kebakaran terbuka melibatkan kawasan belukar, lalang dan sampah direkodkan di Melaka hari ini dalam tempoh 12 jam bermula 6 pagi tadi.
Ringkasan AI
- 20 kes kebakaran terbuka melibatkan kawasan belukar, lalang, dan sampah dilaporkan di Melaka dalam tempoh 12 jam akibat cuaca panas, kering, serta aktiviti manusia.
- Kebakaran melibatkan kawasan awam dan perumahan, dengan kebakaran skala besar memerlukan operasi sehingga enam jam untuk dipadamkan.
- Operasi pemadaman kebakaran turut melibatkan pemantauan, pemadaman menyeluruh, dan kawalan titik panas bagi mengelakkan penyebaran api, tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
"Kebakaran yang berlaku melibatkan skala kecil yang berjaya dipadam dalam tempoh kurang 30 minit, manakala kebakaran skala besar hingga 6.07 hektar memerlukan operasi berterusan hingga lebih enam jam," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata operasi yang mengambil masa lama itu turut melibatkan pemantauan, pemadaman menyeluruh dan kawalan titik panas di kawasan kebakaran agar tidak merebak.
Mohd Hafidzatullah berkata kawasan terlibat antaranya Kampung Janda Berhias, Kampung Langkap, Kampung Tanah Merah Baru, Kampung Solok Mak Yah, Taman Merdeka Jaya, Taman Krubong Indah, Taman Bachang Baru serta Residence Prima dan A'Famosa.
"Kesemua kebakaran berkenaan berjaya dikawal sepenuhnya oleh anggota bomba bertugas dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

