KUALA LUMPUR: Malaysia diunjur mencatatkan perkembangan ekonomi yang lebih baik pada suku keempat tahun 2021 (4Q21) dari segi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bagaimanapun, negara mungkin merekodkan penurunan KDNK ketara pada 3Q21 berdasarkan petunjuk ekonomi negara susulan daripada penguatkuasaan sekatan pergerakan untuk membendung penularan COVID-19.
Pengarah Eksekutif Socio-Economic Research Centre (SERC), Lee Heng Guie berkata, indikator ekonomi itu meliputi eksport negara, output perindustrian, jualan borong dan runcit, permintaan pinjaman bank dan prestasi perbelanjaan pengguna bagi tempoh Julai dan Ogos.
“Petunjuk mendapati output ekonomi secara keseluruhannya, yang diukur oleh KDNK mungkin lemah atau merosot pada 3Q21 sebelum memulih kepada pertumbuhan positif pada 4Q21.
“Walaupun kadar vaksinasi yang meningkat akan menyokong aktiviti untuk kembali normal, namun risiko virus masih ada serta memberi ancaman kepada kehidupan dan ekonomi, seterusnya langkah mengurangkan dan mengawai pandemik termasuk prosedur operasi standard (SOP) perlu dikuatkuasakan bagi memastikan ekonomi dan perniagaan hidup semula,” katanya dalam satu taklimat media, seperti dilaporkan The Edge.
SERC masih mengekalkan unjuran KDNK Malaysia bagi tahun ini pada 4%.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan unjuran rasmi bagi KDNK Malaysia untuk tahun 2021, yang disemak turun antara 3% dan 4%.
Dalam masa sama, Heng Guie juga tidak menolak kemungkinan BNM akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 1.75% sehingga pertengahan 2022 untuk membantu pemulihan permintaan domestik yang lebih kukuh.
Katanya, keadaan persekitaran kadar faedah yang rendah melengkapkan sokongan fiskal bersasar untuk memastikan ekonomi Malaysia di landasan pemulihan.
Kali terakhir BNM membuat keputusan untuk menurunkan OPR adalah pada Julai 2020, yang menyaksikan pemotongan 25 bps kepada 1.75%.
Ekonomi Malaysia pula berkembang dengan lebih pantas pada 2Q21, meningkat 16.1% dari segi KDNK berbanding tempoh sama tahun lalu.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Oct 07 2021
Malaysia diunjur mencatatkan perkembangan ekonomi yang lebih baik pada suku keempat tahun 2021 (4Q21) dari segi pertumbuhan KDNK. -Gambar hiasan
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.9 bilion tahun kewangan 2023
Khazanah Nasional Bhd mencatatkan keuntungan operasi yang lebih tinggi iaitu RM5.9 bilion bagi tahun kewangan 2023 berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan 2022.
40 peratus tenaga kerja tiada perlindungan persaraan, pencen - CEO KWSP
Ahmad Zulqarnain berkata jumlah itu dilihat masih rendah dan membimbangkan berbanding kadar purata liputan global pada 68 peratus.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.
Kerajaan Madani yakin capai pertumbuhan KDNK lebih kukuh 4-5 peratus pada 2024
Kerajaan Madani yakin mampu mencapai pertumbuhan KDNK yang lebih kukuh antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2024.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman KDNK
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7800/7850 berbanding dolar AS daripada 4.7845/7885 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia tumbuh 3.3 peratus bagi suku ketiga 2023
Prestasi ekonomi bulanan meningkat 4.2 peratus pada Julai, menyederhana kepada 3.2 peratus pada Ogos, 2.5 peratus pada September 2023.
Malaysia diunjur catat KDNK 4.0 peratus pada 2023, 4.5 peratus pada 2024 - AmBank
Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.0 peratus tahun ini dan 4.5 peratus bagi 2024.
Kerajaan ‘tergelincir’ jika tidak laksana subsidi bersasar - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan sekiranya Kerajaan Perpaduan tidak melaksanakan penyasaran semula subsidi maka ia membantutkan matlamat yang ingin dicapai.
Rancakkan lagi ekosistem halal negara, kekalkan Malaysia sebagai peneraju global
Usaha bersama antara kementerian dan agensi berkaitan mesti dilakukan bagi meningkatkan lagi usaha merancakkan ekosistem halal negara.