KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar, walaupun mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 3.7 peratus tahun lepas.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata, ia menjangkakan peningkatan dalam eksport elektrik dan elektronik, ditambah dengan permintaan luar yang semakin meningkat daripada pasaran-pasaran utama seperti China dan Amerika Syarikat (AS).
"Selain itu, kami menjangkakan pertumbuhan ekonomi tahun ini terus dipacu oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik, disokong oleh pasaran buruh yang sihat, peningkatan pendapatan dan ketibaan pelancong yang pulih berterusan (dan perbelanjaan)," katanya.
Namun begitu, MIDF kekal berhati-hati dengan perkembangan luaran seperti pertumbuhan yang lebih perlahan di China, kemungkinan risiko kemelesetan di AS, dan gangguan kepada perdagangan global hasil daripada ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
Kesemua faktor itu boleh menjadi risiko penurunan kepada prospek pertumbuhan Malaysia pada 2024.
"Di peringkat domestik, kami berpendapat bahawa tekanan harga yang meningkat berkemungkinan menjejaskan kuasa beli pengguna dan perbelanjaan mereka," tambahnya.
Sementara itu, dalam nota penyelidikan berasingan, OCBC Global Markets Research mengunjurkan bahawa KDNK Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan 4.2 peratus tahun ini berdasarkan tinjauan optimistik yang berhati-hati.
"Kami menjangkakan sokongan yang lebih ketara kepada pertumbuhan KDNK melalui penggunaan sektor swasta dan perbelanjaan pelaburan.
"Selain itu, kami menjangkakan penurunan paling rendah kitaran eksport elektronik, mungkin pada separuh kedua 2024, yang akan membantu mengurangkan risiko penurunan kepada pertumbuhan eksport," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar, walaupun mencatatkan pertumbuhan sederhana sebanyak 3.7 peratus tahun lepas. - Gambar fail Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024
KDNK sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.
Kerugian sumbangan KDNK RM346 juta pada 2040 jika dasar GEG dilaksana - Oxford Economics
Dasar Generasi Penamat (GEG) dijangka mengakibatkan kerugian sehingga RM346 juta kepada KDNK negara menjelang 2040 sekiranya dilaksanakan.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Penganalisis unjur KDNK 2023 tumbuh pada 4.0-4.3 peratus
Penganalisis mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 peratus hingga 4.3 peratus bagi 2023.
RM1.37 trilion pelaburan langsung domestik diluluskan sejak 2013 - Tengku Zafrul
Pelaburan langsung domestik (DDI) kekal sama pentingnya kepada MITI walaupun tumpuan diberikan kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin pulih sejak pandemik COVID-19.
Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.
Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM
Antara faktor positif tersebut adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.