Ekonomi Malaysia dijangka susut sebanyak 4.0 peratus pada tahun ini sebelum pulih untuk berkembang sebanyak 6.5 peratus pada 2021, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB).
Dalam laporan Tambahan Prospek Pembangunan Asia yang dikeluarkan pada Khamis, ADB berkata permintaan luaran negara dijangka lemah berikutan rakan dagang terus bergelut dengan impak daripada COVID-19.
"Pertumbuhan di Malaysia merosot kepada hanya 0.7 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2020.
"Memandangkan pandemik COVID-19 telah menjejaskan rantaian bekalan global pada suku pertama, eksport barangan dan perkhidmatan susut 7.1 peratus, dan pelaburan turut merosot berikutan pelaburan awam dan swasta, masing-masing turun 11.3 peratus dan 2.3 peratus," katanya.
Bagaimanapun, katanya penggunaan kekal sebagai perkara yang baik dalam ekonomi, naik sebanyak 6.5 peratus berikutan penggunaan awam yang kukuh mengimbangi penggunaan swasta yang lemah.
"Namun, dengan pergerakan di seluruh negara yang disekat sejak 18 Mac untuk memerangi penularan COVID-19, penggunaan domestik dijangka susut pada suku kedua," katanya.
Laporan itu menyatakan negara-negara Asia Tenggara mencatatkan penurunan dalam penggunaan, pelaburan dan perdagangan berikutan langkah-langkah memerangi COVID-19, manakala semua ekonomi subrantau merosot di bawah sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung pandemik tersebut.
"Ekonomi terbuka Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam terjejas oleh kemerosotan permintaan dan perdagangan global.
"Selain itu, ketibaan pelancong jatuh berikutan sekatan perjalanan yang ketat dan keperluan kepada kuarantin; menjejaskan industri penerbangan, perhotelan dan peruncitan," katanya.
Walaupun banyak negara di subrantau ini telah mula melonggarkan sekatan, ADB berkata keyakinan pengguna yang rendah boleh menghalang pemulihan ekonomi, manakala permintaan luaran dijangka terus suram sepanjang tahun ini berikutan penguncupan ekonomi global.
Sementara itu, laporan tersebut menyatakan Malaysia dijangka mencatatkan deflasi sebanyak 1.5 peratus pada 2020 berikutan harga minyak yang dijangka kekal rendah, sebelum kembali kepada inflasi sebanyak 2.5 peratus pada tahun depan.
"Unjuran inflasi untuk Asia Tenggara disemak semula kepada 1.0 peratus pada 2020 dan diselaraskan kepada 2.3 peratus pada 2021," katanya.
ADB berkata harga minyak global telah menyebabkan harga bahan api dan tenaga domestik merosot, terutamanya di Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam, berikutan kejatuhan kos pengangkutan disebabkan penurunan harga petrol.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 18 2020

Pertumbuhan di Malaysia merosot kepada hanya 0.7 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2020.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa itu.

Banjir: Terengganu pulih, jumlah mangsa meningkat di Kelantan
Di Terengganu, PPS yang terakhir beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu ditutup pada 8 malam semalam.

ADB gesa ASEAN tingkatkan kualiti hidup untuk bangunkan masyarakat berdaya tahan
Rantau ini perlu, antara lain, berusaha memastikan rakyat boleh membaca, pintar matematik dan sains, dan pemakanan lebih baik.

Jerman sedia geran bernilai AS$26 juta untuk ADB sokong mekanisme peralihan tenaga
Jerman ialah rakan kongsi pembiayaan kedua yang menyertai Dana Amanah Perkongsian ETM ADB, susulan pengumuman geran AS$25 juta oleh Jepun.

Pemulihan hijau Asia Tenggara boleh wujudkan peluang pelaburan RM760 bilion setiap tahun
ADB menjelaskan laporan terbaru itu mengenal pasti lima bidang yang menyokong pemulihan pasca-COVID-19 menerusi pembangunan lebih hijau.

Ekonomi membangun Asia diunjur berkembang 5.2 peratus tahun ini
Beberapa wilayah/rantau dijangka kembali kepada kadar pertumbuhan ekonomi yang mereka alami sebelum penularan pandemik.

ADB lancar fasiliti vaksin Asia Pasifik bernilai AS$9 bilion
Anggota ADB yang sedang membangun memerlukan pembiayaan untuk mendapatkan vaksin serta pelan dan pengetahuan yang bersesuaian.

Batalkan jaminan ADB ibarat balas dendam kepada rakyat Pulau Pinang - Guan Eng
Menurut Lim Guan Eng, keputusan itu dilihat seperti satu pembalasan dendam politik terhadap rakyat Pulau Pinang.

Ekonomi Malaysia dijangka susut 4.0 peratus tahun ini - ADB
Ekonomi Malaysia dijangka susut sebanyak 4.0 peratus pada tahun ini sebelum pulih untuk berkembang sebanyak 6.5 peratus pada 2021, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB).

Malaysia, Vietnam dan Thailand, penerima manfaat terbesar jika konflik perdagangan AS-China berpanjangan - ADB
ADB mengunjurkan Malaysia, Vietnam dan Thailand akan menjadi penerima manfaat yang terbesar di Asia Tenggara jika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berpanjangan.

Polis rampas dadah bernilai kira-kira RM198.85 juta sepanjang 2016
Polis Diraja Malaysia berjaya merampas dadah yang mempunyai nilai keseluruhan RM189.85 juta membabitkan 182,962 kes sepanjang Januari hingga Disember 2016 di seluruh negara.

ADB akan mulakan kajian mengenai Zon Ekonomi Khas Sempadan pada Januari
Bank Pembangunan Asia (ADB) akan memulakan kajian tinjauan mengenai Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Januari depan.