awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pendidik boleh tebus Baucar Buku Guru MADANI mulai hari ini - KPM
MALAYSIA
Kerajaan kekal offset lebihan tenaga solar bumbung 96,000 pengguna
MALAYSIA
Aktivis politik Hishamuddin Rais dipanggil ke Bukit Aman esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Ekonomi negeri Malaysia kukuh pada 2024 - DOSM

Nina Rozman
Nina Rozman
01/07/2025
04:40 MYT
Ekonomi negeri Malaysia kukuh pada 2024 - DOSM
Semua negeri merekodkan pertumbuhan positif pada tahun 2024 dengan lima negeri mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mengukuh apabila kesemua negeri mencatatkan prestasi positif sepanjang tahun 2024, dengan lima daripadanya merekodkan kadar pertumbuhan melebihi paras nasional 5.1 peratus.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), semua negeri merekodkan pertumbuhan positif pada tahun 2024 dengan lima negeri mengatasi pertumbuhan di peringkat nasional.
“Ia dahului Johor (6.4 peratus), diikuti Selangor (6.3 peratus), W.P. Kuala Lumpur (6.2 peratus), Pahang (5.7 peratus) dan W.P. Labuan (5.4 peratus)
” Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang pula kekal sebagai penyumbang utama kepada KDNK negara dengan gabungan sumbangan 68.2 peratus”, menurut DOSM.
KDNK nasional mencatat pertumbuhan 5.1 peratus pada 2024 dengan nilai ditambah RM1.65 trilion (2023: RM1.57 trilion), dipacu oleh sektor perkhidmatan (5.3 peratus), pembuatan (4.2 peratus), pertanian (3.1 epratus), perlombongan dan pengkuarian (0.9 peratus) dan pembinaan (17.5 peratus).
Johor Terajui Pertumbuhan Negeri
Johor mencatat pertumbuhan tertinggi 6.4 peratus dengan KDNK mencecah RM158 bilion.
Kedudukan strategik, pelabuhan utama, dan pembangunan pesat pusat data mendorong lonjakan sektor perkhidmatan (6.0 peratus), pembinaan (42.7 peratus), dan pembuatan (4.2 peratus).
Sektor pertanian turut memulih 4.2 peratus disumbang oleh pengeluaran kelapa sawit dan pemprosesan makanan.
Selangor Kukuh Sebagai Hab Ekonomi Utama
Selain itu, Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK nasional dengan RM432.1 bilion (26.2 peratus), berkembang 6.3 peratus.
Sektor perkhidmatan menyumbang 61.1 peratus dan meningkat 6.3 peratus, manakala sektor Pembuatan (29.1 peratus) meningkat 5.1 peratus, dipacu oleh produk E&E dan logam.
W.P. Kuala Lumpur – Nadi Kewangan dan Pentadbiran
Menurut DOSM, sebagai pusat pentadbiran dan kewangan negara, ibu negara menyumbang RM265.8 bilion dengan pertumbuhan 6.2 peratus.
Sektor perkhidmatan kekal dominan, khususnya subsektor kewangan, perniagaan dan perdagangan borong.
Prestasi Kukuh Pahang, Labuan dan Pulau Pinang
Pahang mencatat pertumbuhan 5.7 peratus dengan sumbangan besar sektor Pertanian (8.4 peratus).
W.P. Labuan pula berkembang 5.4 peratus, dipacu sektor kewangan luar pesisir. Pulau Pinang, dengan kekuatan industri E&E, mencatat pertumbuhan 4.8 peratus menerusi peningkatan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.
Peningkatan Stabil di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak
Kedah (4.2 peratus) dan Negeri Sembilan (4.6 peratus) dipacu sektor pembuatan berasaskan E&E.
Melaka dan Perak masing-masing berkembang 4.4 peratus dengan sumbangan besar sektor perkhidmatan dan produk petroleum serta makanan.
Pemulihan Ekonomi di Pantai Timur dan Utara
Di samping itu, Terengganu berkembang 4.5 peratus dengan tumpuan kepada produk kimia dan sektor perkhidmatan.
Kelantan dan Perlis masing-masing mencatat pertumbuhan 3.6 peratus dan 3.3 peratus, dengan sektor pertanian kekal sebagai enjin utama.
Sarawak Tunjuk Pemulihan, Sabah Masih Sederhana
Sarawak mencatat pertumbuhan 3.9 peratus disokong sektor perkhidmatan dan pemulihan sektor Perlombongan (4.1 peratus).
Sabah pula hanya berkembang 1.1 peratus berikutan kejatuhan sektor pertanian dan perlombongan, meskipun sektor Pembinaan melonjak 18.8 peratus.
DOSM menjelaskan bahawa prestasi ekonomi mengikut negeri menunjukkan pemulihan ekonomi negara adalah menyeluruh dan pelbagai sektor kini kembali rancak.
Tumpuan kepada digitalisasi, pelaburan strategik, serta pembangunan infrastruktur akan terus memainkan peranan penting dalam melonjakkan pertumbuhan negeri-negeri Malaysia secara lebih inklusif menjelang 2025.
Topic Berkaitan
#DoSM
#ekonomi negara
#pertumbuhan
#positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami