Sarawak mencatat nilai eksport RM90.26 bilion tahun lepas dengan gas asli cecair (LNG) menjadi produk utama dieksport bernilai RM47.07 bilion.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia diikuti dengan minyak mentah (RM14.29 bilion), minyak sawit mentah(RM8.11 bilion), produk kayu (RM6.62 bilion) dan produk petroleum,Petroleum RM0.65 bilion.
Beliau berkata dari segi import pula, tahun lepas Sarawak mencatatkan nilai import RM35.5 bilion dengan jentera penjanaan tenaga dan jentera kelengkapan khusus bernilai RM5.2 bilion.
Menurutnya, ia diikuti produk kenderaan darat serta lain-lain peralatan pengangkutan (RM4.26 bilion); petroleum, produk petroleum dan bahan berkaitan (RM2.76 bilion); logam bukan ferus dan logam perkilangan (RM1.82 bilion serta besi dan keluli (1.36 bilion).
"Jepun menjadi destinasi eksport utama Sarawak bernilai RM33.83 bilion, diikuti Semenanjung Malaysia (RM13.41 bilion), Korea (9.66 bilion), China (RM7.44 bilion), Taiwan (RM6.26 bilion) dan India RM4.7 bilion," katanya dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.
Sidang media itu diadakan selepas beliau menghadiri sesi dialog dan makan tengah hari bersama kira-kira 50 usahawan Bumiputera Sarawak dengan pelbagai agensi di bawah kementeriannya.
Ahmad Maslan berkata, import utama Sarawak pula dari Semenanjung Malaysia RM18.7 bilion, diikuti China (RM4.53 bilion), Jepun (RM1.95 bilion), Australia (RM1.4 bilion), Singapura (RM1.23 billion) dan Amerika Syarikat (RM1.06 bilion).
Bernama
Mon Apr 04 2016

AHMAD MASLAN: Import utama Sarawak pula dari Semenanjung Malaysia RM18.7 bilion, diikuti China (RM4.53 bilion), Jepun (RM1.95 bilion), Australia (RM1.4 bilion), Singapura (RM1.23 billion) dan Amerika Syarikat (RM1.06 bilion). - Gambar fail

Jenayah | Dua laras senapang, pistol dijumpai dalam sungai
Polis Kelantan akhirnya menemui dua laras senapang dan satu pistol yang dibuang ke dalam sungai Kelantan berhampiran Jambatan Ibrahim Ali dekat Tendong, Pasir Mas pada Jumaat lalu. Selaras senapang patah, selaras senapang jenis AK47 dan satu pistol itu dipercayai dibuang dua suspek ke dalam sungai itu untuk melupuskan bukti kegiatan pemburuan secara haram.

Wawancara Oprah | Harry, Meghan dedah jantina anak kedua
Duke And Duchess Of Sussex mengumumkan cahaya mata kedua mereka adalah anak perempuan. Pendedahan itu dibuat Putera Harry dan isterinya Meghan Markle sendiri kepada pengacara Oprah Winfrey pada Ahad.

Pasangan Diraja | Meghan Markle dedah tekanan daripada keluarga
Duke dan Duchess Of Sussex membuat beberapa pendedahan mengejutkan dalam temu bual bersama Oprah Winfrey yang ditayangkan pada Ahad. Meghan Markle menceritakan tentang tekanan yang dialami sejak menjadi sebahagian daripada Keluarga Diraja Britain, sehingga mula memikirkan tentang cara membunuh diri. Menurut Meghan, antara isu yang dipertikaikan keluarga itu, termasuk warna kulit anaknya, dikhuatiri terlalu gelap.

Hari Wanita | 120 juta bunga diimport sempena meraikan wanita
Hari wanita disambut meriah di Rusia, antara negara yang menetapkan 8 Mac sebagai cuti umum setiap tahun. Sudah menjadi tradisi di negara itu untuk memberi bunga kepada wanita sempena sambutan istimewa ini.

Pembukaan Sekolah | Wujudkan pusat sehenti pemerikasaan kesihatan
Pihak sekolah disaran mewujudkan pusat sehenti pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan ibu bapa secara sukarela bagi membantu mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar. Yang Dipertua Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MIMBAR), Datin Seri Ismalina Ismail berpendapat, dengan adanya pusat sehenti itu, ia dapat meringankan bebanan guru.

Pembukaan Sekolah | Mansuh cuti penggal, elak lebih ketinggalan
Dalam pada itu mimbar turut mencadangkan supaya cuti penggal tahun ini dimansuhkan. Jelas Yang Dipertuanya Datin Seri Ismalina Ismail, ia bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelari semula subjek atau topik yang tertinggal. Selain itu, beliau juga berharap pihak sekolah berasaskan asrama melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.

Jenayah | Penganggur dihukum penjara 7 tahun
Akibat pengaruh dadah seorang penganggur sanggup menoreh muka dan mencederakan tangan adik iparnya menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di sebuah kediaman di Marang pada 9 Februari lalu.

Pencemaran sungai | Sungai Kim Kim: KASA siasat tompok air hitam
15 pegawai alam sekitar dan air (KASA) diarah menyiasat tompokan air hitam yang didakwa mencemari Sungai Kim Kim.

Khairuddin tiada hak di sisi undang-undang minta Muhyiddin letak jawatan - AGC
Persoalan sama ada Perdana Menteri hilang keyakinan majoriti tidak ditentukan dalam mana-mana forum atau pihak berkuasa.

Parlimen tidak boleh bersidang tanpa notis Perdana Menteri
Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan Parlimen dengan sewenang-wenangnya dan sebaliknya ia memerlukan notis daripada Ketua Majlis (Perdana Menteri).

Ketegangan politik UMNO-Bersatu, PAS kini di 'persimpangan dilema'?
Pas kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan hubungan politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

MKT UMNO sahkan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15
Ahmad Maslan sahkan Tan Sri Muhyiddin mahu ketahui pendirian UMNO dengan jelas mengenai kerjasama dengan Bersatu.

'Putus hubungan dengan Bersatu sebelum Parlimen bersidang' - Ku Li
Majlis Tertinggi UMNO perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan pendirian mereka sama ada ingin meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Perhimpunan Agung UMNO 27, 28 Mac
Perhimpunan itu bakal berlangsung secara kombinasi perhimpunan secara bersemuka dan maya.

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO positif COVID-19
Beberapa pemimpin atasan UMNO dikhabarkan terus membuat ujian saringan selepas mendapat berita tersebut

Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO, diminta fokus isu rakyat
Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.

Surat Ahmad Maslan cubaan derhaka kepada Agong - Annuar
Annuar mendakwa Ahmad mengahantar surat kepadanya supaya menggesa Yang di-Pertuan Agong perkenan untuk diadakan sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh, pemilihan parti diteruskan
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO akan ditentukan kemudian.