Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki

Azam mengesahkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa saksi dijangka dipanggil esok bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan transaksi luar biasa melibatkan akaun seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ringkasan AI
- Saksi dijangka dipanggil esok oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung transaksi luar biasa pegawai kanan ATM, susulan maklumat rasuah yang perlu disahkan.
- SPRM mengambil tindakan proaktif dengan mendapatkan dokumen perolehan daripada MINDEF bagi rekod tahun 2023 hingga 2025 untuk kajian analisis kewangan.
- Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkenaan dengan transaksi yang melibatkan kemasukan wang ke dalam akaun seorang pegawai tinggi daripada anggota tentera.
"Untuk waktu sekarang, kita dapat melihat beberapa transaksi yang melibatkan kemasukan wang ke dalam akaun seorang pegawai tinggi daripada anggota tentera berkenaan.
"Jadi, kita sedang mengkaji lagi transaksi berkenaan sebelum kita membuat tindakan yang lebih lanjut bagi memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.
"Saya jangka beberapa saksi akan dipanggil dalam tempoh terdekat, mungkin esok untuk menjawab terlebih dahulu beberapa transaksi kewangan yang kita telah perolehi daripada pihak bank," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, pegawai SPRM telah mengambil tindakan proaktif semalam dengan pergi ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mendapatkan dokumen perolehan bagi rekod tertentu sejak tahun 2023 hingga 2025 secara rawak untuk dikaji.
Tambah beliau lagi, analisis kewangan telah dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga hari, bergantung kepada dokumen mahkamah untuk melengkapkan siasatan.
Azam turut mengesahkan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


