KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) menyasar eksport semikonduktor negara mencecah RM1.2 trilion menjelang 2030.
Presidennya Datuk Seri Wong Siew Hai berkata sasaran itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport keenam terbesar di dunia dan merupakan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) kira-kira 7.6 peratus daripada nilai eksport semasa.
"Bagi mencapai pertumbuhan ini, Malaysia perlu menumpu untuk meningkatkan keupayaannya merentas rantaian nilai semikonduktor, termasuk pembungkusan canggih, reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan pintar," katanya pada sesi sembang santai di Persidangan Tech in Asia 2024, di sini, semalam.
Wong berkata kerajaan perlu bekerjasama dengan industri tempatan untuk menangani cabaran sedia ada, khususnya masalah kekurangan bakat.
"Dalam pembangunan bakat, kerajaan dan industri perlu bekerjasama untuk menarik, melatih dan mengekalkan lebih ramai tenaga kerja tempatan melalui inisiatif seperti biasiswa, program latihan pelbagai disiplin dan kolaborasi dengan universiti.
"Kami mengunjurkan yang kita memerlukan 300,000 tenaga kerja untuk mencapai sasaran itu, dan 60,000 daripadanya dalam bidang teknikal seperti saintis bahan dan ahli kimia serta jurutera," katanya.
Sementara itu, Wong berkata industri semikonduktor perlu menggunakan khidmat bakat dari negara lain untuk mengisi jurang kosong yang diperlukan negara.
"Kita kini mempunyai 10,000-20,000 bakat asing di Malaysia. Dengan pelajar asing ini belajar di sini terutamanya dalam bidang sains dan kejuruteraan, kita boleh menawarkan mereka untuk bekerja di sini juga.
"Saya fikir hal ini sedang dalam dipertimbangkan tetapi harapnya kita dapat mendengar berita yang baik," katanya.
Pada 2023, eksport industri semikonduktor Malaysia turun tiga peratus kepada RM575.45 bilion daripada RM593 bilion pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

Wong berkata industri semikonduktor perlu menggunakan khidmat bakat dari negara lain untuk mengisi jurang kosong yang diperlukan negara. - Gambar fail/MIDA
Situasi terkini di Bangkok dan langkah keselamatan diambil kerajaan
Bersama koresponden AP Jeremy Koh mengenai situasi terkini di Bangkok dan langkah keselamatan diambil kerajaan.

Produk Desa tidak terlibat dengan sebarang kesalahan undang-undang - PDRM
Hasil siasatan lanjut mendapati produk ayam sejuk beku Desa tidak terlibat dengan sebarang kesalahan menyalahi undang-undang.

“Sumpah rasa gegaran”- Hariz Hamdan cemas berdepan gempa bumi di Bangkok
Pelakon, Hariz Hamdan berdepan detik cemas apabila merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya 10 maut akibat gempa di Myanmar
Gempa bumi kuat dengan bermagnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
Bangunan dalam pembinaan di Thailand runtuh
Sebuah bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan berhampiran pasar Chatuchak, Bangkok runtuh susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya 43 individu disyaki terperangkap
Sekurang-kurangnya 43 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan sebuah pencakar langit di Bangkok yang runtuh selepas berlaku gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat (28 Mac).

Bayaran dam, korban Tanah Suci ditetapkan RM875 bagi seekor kibas - TH
Kadar bayaran dam dan penyertaan korban di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M adalah sebanyak RM875 untuk seekor kibas.

Kerajaan lulus RM38 juta untuk pengangkutan gula ke Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan
Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta setahun bagi menampung kos pengangkutan perkapalan untuk membawa gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan.
[TERKINI] Gempa bumi kuat landa Myanmar, beberapa negara turut terkesan
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 landa Myanmar yang setakat ini telah mengorbankan seramai 15 orang. Junta Tentera Myanmar turut isytihar darurat di kawasan terlibat. Beberapa kawasan di Thailand turut terkesan dengan gegaran. Syaff Syukri bawakan perkembangan terkini situasi gempa di Myanmar
AWANI Ringkas: Gempa kuat landa Myanmar, negara jiran turut rasai gegaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Eksport semikonduktor Malaysia disasar cecah RM1.2 trilion menjelang 2030 - MSIA
Wong berkata sasaran itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport keenam terbesar di dunia.

Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda
Bakal pelabur Belanda sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.

Sektor semikonduktor dijangka lembap pada 2023 - MSIA
Syarikat yang mengeluarkan produk pengguna seperti iPhone dan komputer peribadi mengalami hasil lebih rendah berikutan permintaan pengguna yang berkurangan.