awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Arab Saudi dipelawa masukkan Perlis dalam itinerari TMM 2026

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2025
10:20 MYT
Pelancong Arab Saudi dipelawa masukkan Perlis dalam itinerari TMM 2026
Restoran MyMakan menerima Plaka Perasmian Promosi Masakan Perlis sebagai simbol sokongan dan pengiktirafan terhadap usaha memperkenalkan warisan kulinari Perlis ke peringkat antarabangsa. -Foto ihsan YTSP
JEDDAH: Pelancong dari Arab Saudi dipelawa untuk memasukkan Perlis sebagai antara destinasi utama dalam itinerari perjalanan mereka ke Malaysia, khususnya bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Ringkasan AI
  • Perlis dipromosikan sebagai destinasi utama pelancongan kepada pelancong dari Arab Saudi dalam usaha memperkenalkan negeri tersebut sebagai tujuan popular sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
  • Raja Muda Perlis menyatakan kesiapsiagaan negeri dalam menerima kunjungan pelancong antarabangsa, dengan menawarkan pengalaman pelancongan unik yang menggabungkan kemudahan mesra Muslim, keindahan alam semula jadi, dan kekayaan budaya tempatan.
  • Inisiatif promosi pelancongan dan warisan kulinari Perlis dilancarkan melalui penganjuran Perlis International Sunnah Convention dan Promosi Masakan Perlis di Arab Saudi, mencerminkan usaha memartabatkan identiti negeri melalui diplomasi budaya dan gastronomi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Undangan itu turut dipanjangkan kepada diaspora Malaysia yang bermastautin di Arab Saudi agar tidak melepaskan peluang berkunjung ke Perlis apabila pulang bercuti ke tanah air.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, negeri berkenaan kini berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk menerima kunjungan pelancong antarabangsa, termasuk dari Asia Barat, hasil penambahbaikan dan persediaan berterusan melalui kempen promosi Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024–2026.
Menurut Baginda, Perlis menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dengan gabungan kemudahan mesra Muslim, keindahan alam semula jadi serta kekayaan budaya tempatan yang mampu memberikan pengalaman berbeza kepada pelawat.
Baginda bertitah, suasana Perlis yang kondusif untuk pelancong Muslim turut diperkukuh dengan penekanan terhadap amalan dan persekitaran Islami, sekali gus memberi keselesaan serta ketenangan fikiran kepada pengunjung.
Antara inisiatif yang mencerminkan komitmen tersebut ialah penganjuran Perlis International Sunnah Convention pada 31 Januari hingga 1 Februari 2026 yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, selain Perkampungan Sunnah yang dijadualkan berlangsung pada Mei 2026 dalam Bahasa Melayu.
Titah tersebut disampaikan menerusi kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis selepas Baginda berkenan melancarkan Promosi Masakan Perlis menampilkan hidangan Kurma Daging Perlis di Restoran MyMakan, Raoudat Al Khaleej Ar Rawdah, di sini.
Pada majlis itu, restoran MyMakan yang diwakili Ketua Cefnya, Hazrul Abdul Hamid menerima Plaka Perasmian Promosi Masakan Perlis sebagai simbol sokongan dan pengiktirafan terhadap usaha memperkenalkan warisan kulinari Perlis ke peringkat antarabangsa, termasuk di Arab Saudi.
Inisiatif berkenaan mencerminkan usaha berterusan memartabatkan identiti negeri melalui diplomasi budaya dan gastronomi, selain memperluas promosi pelancongan Perlis di peringkat global.
Program tersebut dianjurkan oleh Restoran MyMakan dengan kerjasama Pejabat Konsul Haji Malaysia di Jeddah serta rakan strategik termasuk YTSP Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama ahli keluarga Diraja, selain Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Radin Adi Hilmi Radin Shamsudin serta Naib Konsul, Affandi Abdullah.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama pelancong dari Arab Saudi dipelawa untuk memasukkan Perlis sebagai destinasi perjalanan? A: Pelancong dari Arab Saudi dipelawa untuk memasukkan Perlis sebagai destinasi perjalanan sebagai sebahagian daripada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
  • Q: Apa yang menjadi penekanan dalam persediaan Perlis untuk menerima kunjungan pelancong antarabangsa? A: Perlis menekankan penambahan dan persediaan berterusan melalui kempen promosi Tahun Melawat Perlis (TMPs) 20242026 serta menawarkan pengalaman pelancongan yang unik dengan gabungan kemudahan mesra Muslim, keindahan alam semula jadi, dan kekayaan budaya tempatan.
  • Q: Apa inisiatif yang disebut dalam artikel yang mencerminkan komitmen Perlis dalam menarik pelancong Muslim? A: Antara inisiatif yang mencerminkan komitmen Perlis dalam menarik pelancong Muslim ialah penganjuran Perlis International Sunnah Convention dan Perkampungan Sunnah pada tahun 2026, yang menekankan keperluan amalan dan persekitaran Islami.
  • Q: Siapakah yang menerima Plaka Perasmian Promosi Masakan Perlis dan di mana ia berlaku? A: Plaka Perasmian Promosi Masakan Perlis diterima oleh restoran MyMakan di Raoudat Al Khaleej Ar Rawdah, sempena pelancaran Promosi Masakan Perlis yang menampilkan hidangan Kurma Daging Perlis.
  • Q: Siapakah yang turut hadir dalam majlis pelancaran Promosi Masakan Perlis di Restoran MyMakan? A: Turut hadir dalam majlis pelancaran Promosi Masakan Perlis di Restoran MyMakan ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan ahli keluarga Diraja, serta wakil dari Pejabat Konsul Haji Malaysia di Jeddah dan pihak berkepentingan lain.

Topic Berkaitan
#Raja Muda Perlis
#destinasi utama pelancongan
#pelancong Arab Saudi
#tahun melawat malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan