awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebarang usaha normalisasi seks songsang tidak akan dikompromi - KP Jakim
[TERKINI] PRK Kinabatangan, Lamag: SPR jangka peratusan keluar mengundi 65 peratus
Azeem Fahmi catat 6.60s untuk raih tempat pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekuiti, mata wang Asia berjaya harungi dengan baik cabaran tarif AS - BMI

Bernama
Bernama
18/08/2025
08:42 MYT
Ekuiti, mata wang Asia berjaya harungi dengan baik cabaran tarif AS - BMI
Menurut BMI, mata wang Asia berjaya mengharungi dengan baik kejutan tarif Amerika Syarikat (AS) setakat ini. - Gambar hiasan/Freepik
KUALA LUMPUR: BMI, unit Fitch Solutions, berkata ekuiti dan mata wang Asia berjaya mengharungi dengan baik kejutan tarif Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan masing-masing meningkat sebanyak 18 peratus dan tiga peratus sejak awal tahun.
"Bagaimanapun, Thailand menongkah arus dengan ekuitinya dan juga baht gagal mencatatkan kenaikan sejak April.
"Kami berpandangan, ini sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakstabilan politik domestik dan konflik sempadan yang berterusan dengan Kemboja," katanya menerusi laporan Soalan dan Jawapan Prospek untuk Asia hari ini.
BMI berkata ia menurunkan unjuran pertumbuhan hanya dalam lingkungan 0.2-0.3 mata peratusan bagi kebanyakan ekonomi utama lain disebabkan oleh tarif AS.
"Baru-baru ini kami telah membuat semakan semula terhadap unjuran KDNK 2026 kami susulan perjanjian tarif yang dicapai Julai dan awal Ogos.
"Dalam kalangan negara-negara, kami membuat semakan semula paling ketara ke atas Kemboja, kerana pergantungannya yang agak tinggi terhadap AS sebagai pasaran eksport," katanya.
Menurutnya, bagi eksport, data yang ada menunjukkan eksport Asia ke pasaran di luar AS kebanyakannya masih kekal mengikut aliran.
"Namun, ini tidak menolak kemungkinan pelarasan perdagangan pada masa depan dengan negara-negara lain di seluruh dunia.
"Kesan tarif, berkemungkinan besar, masih belum dirasai sepenuhnya dan kami berpandangan akan mula dirasai pada bulan-bulan akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif AS
#mata wang Asia
#ekuiti
#BMI
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan