BARU-BARU ini, kita telah mendengar berita palsu menyatakan GMail akan ditutup.

Selari dengan itu, pelbagai perkara berkaitan dengan arena emel, terutamanya GMail, menjadi perbualan ramai dalam internet.

Elon Musk juga tidak ketinggalan, dan turut mengacah akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri, XMail.

Tidak diketahui sama ada Elon Musk benar-benar akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri atau sekadar idea tanpa perancangan penuh lagi buat masa ini.


Apa pun, Elon Musk sedia dilihat telah mengkritik beberapa perkhidmatan dan pegangan Google sebelum ini, dan tidak mustahil beliau hadir dengan perkhidmatan pesaing GMail dalam menarik lebih ramai pengguna di bawah X.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan adalah Elon Musk akan hadir dengan XMail, dan sekiranya benar bagaimanakah reaksi pengguna dan keyakinan dalam menggunakan perkhidmatan emel tersebut. -Amanz