RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Sabtu malam dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada kira-kira 10.25 malam Sabtu waktu tempatan atau 2.29 pagi Ahad waktu Malaysia.
Ketibaan Anwar serta delegasi Malaysia disambut oleh Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud bersama-sama Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
Riyadh akan menjadi hos mesyuarat khas itu yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad dan bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan.’
Mohamad berkata, Anwar menerima jemputan peribadi daripada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman untuk menyertai sesi panel bertemakan 'Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global' bersama pemimpin negara lain semasa Pembukaan Mesyuarat Khas itu.
Selain itu, Anwar dijadualkan menyertai Dialog Strategi Serantau Bersama mengenai ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 dan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dalam sesi ini.
Perdana Menteri juga akan menghadiri program Dialog Strategi Negara dan beliau dijangka berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.
Di luar mesyuarat itu, Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin termasuk rakan sejawatnya dari Jordan iaitu Bisher Hani Al-Khasawneh dan Presiden Rwanda, Paul Kagame.
Perdana Menteri juga akan menyertai ketua-ketua negara dan kerajaan di Majlis Makan Malam Khas yang dihoskan oleh Putera Mahkota Arab Saudi.
Lawatan kerja ini akan terus memperkukuh hubungan erat yang sudah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Arab Saudi serta memperkasa silaturahim pemimpin kedua-dua negara. - Bernama
Bernama
Sat Apr 27 2024
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh pada Sabtu malam dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF). - Gambar Pejabat Perdana Menteri
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.
DRR, isu Kampung Bharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR), punca kenaikan kes jenayah pinjaman wang tidak berlesen dan penipuan kewangan serta isu Kampung Bharu menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM
Seorang pelajar UUM dari Sabah bimbang tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf permastautin tetap (PR).
Pertimbangan ekonomi tidak kekang pendirian Malaysia dalam isu Gaza - PM Anwar
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat akan terus menyuarakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman di Gaza.
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Korea
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.