Etihad Airways, syarikat penerbangan kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu, mendorong pertumbuhannya di wilayah Asean dengan pelantikan pengurus besar baharu di Singapura dan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari Selasa, Etihad berkata Dave Walsh telah dilantik sebagai pengurus besar syarikat penerbangan itu di Malaysia.

Sebelum pelantikan ini, Walsh adalah pengurus besar Etihad Ireland, katanya.

Etihad berkata, Jeffrey Lim telah dilantik sebagai pengurus besar Singapura selepas berkhidmat selama tiga tahun sebagai pengurus besar syarikat penerbangan itu di Malaysia.

Ketua Pegawai Komersil Etihad, Peter Baumgartner, berkata pelantikan itu akan memastikan pengembangan dan kemajuan berterusan syarikat penerbangan itu di Asean.