KUALA LUMPUR: Memahami spektrum sebenar pasaran fiskal dan modal semasa adalah penting sebelum menyelesaikan keperluan kewangan negara dan masyarakat, kata Pengerusi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) Tan Sri Azman Mokhtar.
Beliau berkata walaupun penting untuk memahami landskap pasaran, ia juga penting untuk mengetahui fungsi kewangan itu sendiri, iaitu untuk membantu ekonomi sebenar.
"Ekonomi sebenar perlu memberi manfaat kepada masyarakat dan ini termasuk mereka yang memerlukan pekerjaan, pendapatan, pertumbuhan, kemampanan dan menangani ketaksamaan dalam alam sekitar.
"Bagaimanapun, piramid hari ini agak terbalik apabila orang ramai berdepan dengan lebih banyak kenaikan harga dan ini tidak semestinya disebabkan kos sara hidup yang tinggi, tetapi berikutan 'terlalu banyak keuntungan' oleh bank dan industri.
"Justeru, rakyat merasai keperitannya," katanya pada Persidangan Merapatkan Jurang Bakat Industri-Universiti sempena Penyelidikan Pasaran Modal Malaysia-Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (ICMR-SIDC) di sini, hari ini.
Azman berkata mana-mana pasaran mempunyai permintaan dan penawaran yang perlu dipadankan, dan untuk memadankannya, kerajaan perlu memikirkan perkara ini dan memainkan peranannya manakala pemain swasta perlu menjadi pembolehubah.
"Misalnya, dalam kes Farm Fresh Bhd, Khazanah Nasional Bhd melabur dalam dana modal teroka tempatan (30 peratus kepentingan) manakala baki 70 peratus adalah daripada usahawan berikutan mereka memerlukan modal untuk berkembang.
"Dari semasa ke semasa, Khazanah mengetahui lebih banyak mengenai perniagaan dan produk Farm Fresh. Oleh itu, kami memerlukan sistem untuk membolehkan lebih banyak modal teroka. Tidak mengapa untuk gagal, dengan syarat ia adalah kegagalan yang baik, bukan kegagalan yang teruk," katanya.
Azman menekankan kepentingan untuk menghimpunkan semua pihak berkepentingan daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat dengan menggunakan teknologi untuk mendapatkan bakat yang betul melalui kepimpinan pemikiran.
"Antara idea saya yang cuba saya kemukakan ialah apa yang saya namakan kemahiran khusus mengikut kesesuaian atau kemahiran bakat. Apabila anda memahami landskapnya, anda perlu faham bahawa untuk menyelesaikan perkara tertentu, kita memerlukan bakat dengan kemahiran berbeza.
"Misalnya, jika anda ingin membangunkan usahawan, modal yang diperlukan mestilah kurang daripada apa yang ditawarkan oleh bank (kerana bank memerlukan cagaran dan sebagainya), justeru, penting untuk memahami konsep modal teroka kerana apabila anda melakukannya dengan baik, ia akan membolehkan wujud firma baharu, idea baharu dan inovasi," katanya.
Azman juga memegang jawatan pengerusi dalam organisasi lain, seperti Universiti INCEIF, Lembaga Tabung Haji, Majlis Kepimpinan MIFC dan Universiti Teknologi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Azman berkata walaupun penting untuk memahami landskap pasaran, ia juga penting untuk mengetahui fungsi kewangan itu sendiri, iaitu untuk membantu ekonomi sebenar. - Gambar Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Fahami spektrum kewangan, pasaran modal bagi selesai keperluan kewangan Malaysia - MIFC
Memahami spektrum sebenar pasaran fiskal dan modal semasa adalah penting sebelum menyelesaikan keperluan kewangan negara dan masyarakat.
Malaysia raih tempat pertama dalam kedudukan kewangan Islam global untuk tahun ke-10
Malaysia turut meraih tempat pertama bagi empat sub kategori iaitu prestasi kewangan, tadbir urus, kesedaran dan kemampanan.
Malaysia terajui terbitan Sukuk global pada 2020, kebanyakannya berkaitan SRI - Tengku Zafrul
Malaysia mendahului sebagai pasaran Sukuk terbesar dunia pada 2020, dengan kebanyakan terbitan berkaitan dengan prinsip Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).