Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan platform e-dagang, Shopee buat julung kalinya bekerjasama memasarkan durian secara dalam talian atau 'Durian E-Fiesta' bermula hari ini sehingga 19 Julai ini.
Ketua Pengarah FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata penggemar durian boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya menerusi pembelian dalam talian yang pertama di Malaysia itu.
Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga RM5 dan RM20 dengan perbelanjaan minimum yang ditetapkan serta pelbagai lagi tawaran menarik.
"Selain itu, pengguna juga dapat menikmati Musang King di jualan kilat 'Shocking Sale' pada harga RM10 sahaja ketika berlangsungnya Durian E-Fiesta," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata mengambil kira pengguna yang mungkin kurang menggemari buah itu, Durian E-Fiesta turut memasarkan buah-buahan tempatan yang lain seperti manggis, mangga, nanas dan banyak lagi pada kempen berkenaan.
Edisi pertama kempen ini terhad di Lembah Klang sahaja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020

Edisi pertama kempen ini terhad di Lembah Klang sahaja bagi menjamin kesegaran buah-buahan dan penghantaran akan dilakukan pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.

Mahkamah tidak ada bidang kuasa dengar permohonan cabar proklamasi darurat - Peguam kanan
Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, kata peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Melaka tubuh enam CAC di klinik kesihatan
Kerajaan Melaka menubuhkan enam Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan seluruh negeri bagi membantu pesakit mendapatkan nasihat dan penilaian awal sebelum dimasukkan ke hospital.

Pengorekan pasir sungai atasi masalah banjir di Kota Belud - Hajiji
Kerajaan Sabah akan melakukan projek mendalamkan sungai di Kota Belud bagi mengatasi masalah banjir di daerah tersebut.

Lima individu ditahan bersama hampir 29 kilogram syabu
Lima individu ditahan bersama Dadah jenis Syabu oleh sepasukan polis dari bahagaian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

AWANI Ringkas: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 kematian | Khairuddin saman Muhyiddin, Kerajaan Malaysia

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

COVID-19: Sabah catat pertambahan 432 kes baharu
Sabah kekal merekodkan 22 zon merah di seluruh negeri, dengan pertambahan 432 kes positif COVID-19 pada hari ini.

AWANI Ringkas: PM umum pakej PERMAI RM15 bilion | Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada 7 negeri

PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf
Kempen YEZ bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat.

Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

FAMA, Shopee lancar jualan durian dalam talian pertama di Malaysia
Sebagai dorongan untuk transformasi perniagaan, FAMA dan Shopee akan memberi sokongan kepada peniaga durian melalui pembiayaan baucar potongan harga.

Kempen The Golden Ticket cetus kemeriahan di Suria KLCC
Suria KLCC melancarkan kempen terbesarnya dengan memberikan ganjaran kepada pembeli yang mengambil bahagian menerusi Kempen The Golden Ticket.

Pemilik restoran dihukum penjara 723 tahun tawar promosi tidak masuk akal
Dalam pertuduhan di mahkamah, Apichart dan Prapassorn didakwa berjaya memperoleh 50 juta baht (kira-kira RM6.8 juta) daripada penjualan promosi berkenaan kepada 20,000 pelanggan.

Facebook, Instagram perkenalkan ciri-ciri baharu untuk sokong perniagaan tempatan
Kad hadiah dan baucar diskaun diharap dapat menyediakan cara bagi orang ramai untuk berkongsi dan menyokong perniagaan tempatan mereka dengan mudah.

Golongan B40 terima manfaat besar Belanjawan 2019
Beberapa inisiatif yang diperkenalkan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan peningkatan subsidi elektrik isi rumah untuk penggunaan RM20 ke bawah kepada RM40 sememangnya tepat.

Hapus pembaziran, rasuah kerajaan, aspirasi Bajet Alternatif 2018
Ia melibatkan perbelanjaan berjumlah RM258.52 bilion, merangkumi RM200.16 bilion untuk mengurus dan RM58.35 untuk pembangunan.

Boost: Tambah nilai & beli baucer dengan diskaun sehingga 60%
Siapa yang tidak suka membeli-belah sekiranya diberi diskaun sehingga 60 peratus untuk berbuat demikian?

SPRM analisis 8,000 baucar dan 12 tan fail sebuah agensi kerajaan negeri
Siasatan kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap dalam masa terdekat sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.