awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda seru pintu UMNO dibuka semula, isyarat sokongan kepada Khairy Jamaluddin
‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
Persiapan hadapi PRU16 fokus ucapan dasar Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasiliti penyimpanan sejuk beku halal pertama, Negeri Sembilan bakal terima pelaburan RM400 juta

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
19/08/2025
11:45 MYT
Fasiliti penyimpanan sejuk beku halal pertama, Negeri Sembilan bakal terima pelaburan RM400 juta
Aminuddin semasa majlis menandatangani perjanjian antara PKNNS dan Gobuilders Netsoft Sdn. Bhd di Seremban pada Isnin. - Gambar PKNNS
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan bakal menerima pelaburan berjumlah RM400 juta menerusi pembinaan sebuah fasiliti penyimpanan sejuk beku halal bersepadu pertama di Malaysia.
Pelaburan tersebut menerusi kerjasama strategik Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan Gobuilders Netsoft Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat kepada Golog Holdings Sdn. Bhd.
Fasiliti yang dinamakan Regional Halal Distribution Centre (RHDC) itu dijangka dibangunkan selewat-lewatnya September depan di kawasan seluas 5.422 hektar di Bandar Enstek yang terletak dalam zon pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, RHDC akan menjadi fasiliti bersepadu pertama yang memberi tumpuan kepada kecekapan logistik halal dengan penggunaan teknologi automasi, kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengurusan pintar.
“Ini merupakan pembinaan fasiliti yang akan menjadi tumpuan pengusaha produk halal yang terlibat dalam proses pemasaran produk halal ke seluruh dunia.
“Penggunaan teknologi semasa yang canggih akan menjadikan RHDC sebagai pusat fasiliti yang dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih berkesan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara PKNNS dan Gobuilders Netsoft Sdn. Bhd di Seremban pada Isnin.
Beliau menambah pembangunan fasiliti RHDC akan menjadi katalis kepada pelaburan baharu ke Negeri Sembilan, khususnya dalam kalangan pemain industri halal yang mengeksport ke negara Asia Barat.
“Permintaan terhadap produk halal kini semakin tinggi di negara-negara Eropah, Rusia, Kanada dan Jepun, dengan nilai pasaran mencecah triliun ringgit,” ujar beliau.
Katanya, kerjasama strategik antara PKNNS dan Gobuilders Netsoft adalah hasil kesepakatan dan visi bersama antara kerajaan dan sektor swasta untuk memacu pembangunan yang lebih inklusif, berdaya saing dan mampan di Negeri Sembilan.
Aminuddin turut menegaskan bahawa kerajaan negeri melihat projek tersebut sebagai berpotensi tinggi dan wajar diberi keutamaan.
“Dengan kemudahan fasiliti dan perkhidmatan yang akan ditawarkan, Negeri Sembilan boleh menjadi magnet kepada industri halal bukan sahaja di rantau Asia, malah berpotensi menarik perhatian dari seluruh dunia,” jelas beliau.
Beliau memaklumkan, kerajaan negeri akan terus menyokong projek itu melalui pelbagai insentif untuk memastikan kelancaran pembinaan.
Topic Berkaitan
#PKNNS
#sejuk beku
#Halal
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan