KUALA LUMPUR: Tumpuan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) adalah penting bagi ekonomi Malaysia namun kerajaan perlu sentiasa menjaga dan mengawal dasar modal agar tidak memihak kepada kelompok berkepentingan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan asing penting bagi sesebuah negara dagang seperti Malaysia dan tidak dinafikan ekonomi negara telah banyak berkembang sekitar tahun 80-an dan 90-an terutamanya, menerusi kemasukan FDI.
Beliau berkata kemasukan pelaburan asing memberi faedah kepada ekonomi melalui peluang pekerjaan, kenaikan pendapatan rakyat dan menjana pendapatan kepada negara.
"(Bagaimanapun) negara perlu membuat pilihan yang bijak sama ada (menjana) pendapatan yang besar untuk (tujuan) apa? Nak bina projek mega dan gedung atau nak menjaga masalah rakyat terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas.
"Bagi saya tumpuan kita adalah menarik pelabur, ini sangat penting bagi Malaysia. Kelulusan mesti cepat, dasar mesti jelas, dan mesti pro-peniaga, tetapi menjaga dan mengawal supaya dasar modal (kapitalisme) jangan memihak kepada kelompok mereka," katanya dalam program Naratif Khas bersama YAB PM yang disiarkan secara langsung oleh RTM malam tadi.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam memastikan rakyat didedahkan dengan pemahaman mengenai setiap kontrak, projek dan dasar yang diperkenalkan.
Menurutnya, beliau turut mengingatkan tokoh perniagaan dan badan korporat menerusi sesi dialog bersama bahawa kerajaan berperanan menjana pertumbuhan negara namun dalam masa yang sama turut bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat termasuk nasib para pekerja.
BACA: Anwar beri signal jelas badan kehakiman jalankan tugas dengan bebas, profesional
BACA: Peralihan kuasa beri impak positif kepada Malaysia - PM Anwar
BACA: Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
BACA: Rasuah: Tiada kompromi pihak yang merobek kekayaan rakyat - PM
Berhubung soalan memperkasakan imej Malaysia di persada antarabangsa, Perdana Menteri berkata beliau menerima banyak reaksi positif daripada pemimpin negara-negara Islam, Eropah, dan China susulan peralihan kuasa pentadbiran di Putrajaya.
Anwar berkata tidak dinafikan Malaysia perlu memainkan peranan dalam soal pembelaan nasib rakyat Palestin mahupun isu antarabangsa yang lain namun perhatian kerajaan pada peringkat awal pentadbiran ketika ini adalah menumpukan sepenuhnya kepada isu domestik, ekonomi negara, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan perumahan rakyat.
"Kalaupun saya terpaksa ke Indonesia, kemudian ke Brunei dan negara-negara jiran (yang lain), ini adalah kerana mempertahankan semangat kejiranan yang dilakukan oleh setiap pemimpin baru untuk melawat dan menzahirkan semangat persahabatan diantara negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Anwar ditemu bual pengacara Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar (kiri) dan Ismail Adnan (dua, kiri) dalam rancangan Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan RTM malam tadi. -- fotoBERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
InvestKL raih FDI tertinggi RM8.7 bilion pada 2023, lonjakan 300 peratus
InvestKL berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi berjumlah RM8.7 bilion pada 2023 yang merupakan lonjakan sebanyak 300 peratus daripada RM2.79 bilion pada 2022.
Ringgit lemah: FDI, DDI masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir - Penganalisis
Mata wang Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Tempatan (DDI) yang direkodkan ketika ini masih tertumpu kepada industri buruh tidak mahir.
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada 2024
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada 2024, mendapat rangsangan daripada perbelanjaan domestik dan pelaburan langsung asing (FDI).
Malaysia harus tangani isu struktur untuk bawa masuk FDI - Ahli ekonomi
Malaysia harus tangani isu-isu struktur terutamanya untuk menambah baik modal insan, sumbangan kepada produktiviti dan pekerjaan untuk membawa masuk FDI ke dalam negara.