KUALA LUMPUR: Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (The Fed) meningkat kadar faedah kali pertama sejak 2018.
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengumumkan, bank pusat itu meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus serta membayangkan kemungkinan akan ada enam peningkatan kadar untuk tahun ini.
Sehubungan itu, penganalisis melihat The Fed mungkin akan meningkatkan kadar faedah sehingga 2 peratus menjelang akhir 2022, bersamaan 0.25 peratus bagi setiap mesyuarat FOMC.
Pengerusi The Fed Jerome Powell berkata, ekonomi AS kini kukuh untuk menerima peningkatan kadar faedah termasuk data pekerjaan, gaji dan inflasi.
The Fed dalam pengumuman sama menjangkakan inflasi akan terus meningkat namun kembali menyusut kepada 4.2 peratus menjelang akhir tahun, jauh melepasi unjuran normal 2 peratus oleh bank pusat itu.
Sehubungan pengumuman itu, Wall Street menyaksikan rali dengan tiga indeks utama merekodkan peningkatan pada penutup Rabu.
Powell pada masa sama berkata, sukar untuk meramal kesan perang di Ukraine terhadap ekonomi negara itu namun ia sudah pasti menjejaskan harga komoditi dunia.
Pengumuman The Fed ini dijangka disusuli peningkatan faedah di negara lain di dunia, termasuk Malaysia.
Bagi Malaysia, penganalisis menjangkakan satu peningkatan kadar faedah akan berlaku akhir tahun ini, sekali gus menjadikan kos pinjaman lebih mahal.
Najib Aroff
Thu Mar 17 2022

Powell berkata, sukar untuk meramal kesan perang di Ukraine terhadap ekonomi AS namun ia sudah pasti menjejaskan harga komoditi dunia. - Gambar fail AP

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.

Rizab Persekutuan Amerika akhirnya turunkan 50 mata asas kadar faedah
Pemotongan itu bertujuan meredakan kembali pasaran pekerjaan dan menurunkan kadar inflasi.

Ringgit dibuka rendah ketika pelabur menunggu petunjuk Fed mengenai kadar faedah AS
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6555/6590 berbanding dolar AS daripada 4.6465/6495 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia rendah pada sesi awal susulan kekurangan pemangkin
Pada 9.30 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.88 mata kepada 1,445.65 daripada 1,451.53 pada akhir dagangan semalam, selepas dibuka menokok 0.1 mata pada 1,451.63.

Ringgit diniaga cenderung menaik berbanding dolar AS minggu depan
Dolar AS dijangka diniagakan rendah pada masa depan berikutan jangkaan yang meningkat terhadap pemberhentian kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Kadar faedah AS naik lagi, tertinggi sejak 2007
Ini menjadi penanda aras baharu ditetapkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dalam beberapa siri kenaikan sejak 16 Mac lalu.

Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4670/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4740 pada penutup Rabu.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

AS naikkan kadar faedah kali ketujuh tahun ini, tertinggi dalam tempoh 15 tahun
Fed meningkatkan kadar penanda arasnya setengah mata kepada julat 4.25 peratus hingga 4.5 peratus.

KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM39.31 bilion bagi sembilan bulan pertama 2022
Jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi suku ketiga berakhir 30 September 2022 pula mencecah RM12.32 bilion.