awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV akan peroleh pemilikan penuh lapan syarikat pada harga RM229.75 juta

Bernama
Bernama
23/05/2025
15:11 MYT
FGV akan peroleh pemilikan penuh lapan syarikat pada harga RM229.75 juta
FGV Holdings Bhd akan memperoleh pemilikan penuh lapan anak syarikat melalui pembelian saham berjumlah RM229.75 juta daripada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF).
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd akan memperoleh pemilikan penuh lapan anak syarikat melalui pembelian saham berjumlah RM229.75 juta daripada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia FGV berkata unitnya, FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI) dan Felda Holdings Bhd (FHB) telah menandatangani perjanjian penjualan saham bersyarat untuk mengambil alih baki pegangan dalam syarikat milik bersama KPF.
Di bawah perjanjian itu, FGVPI akan memperoleh baki kepentingan dalam tiga syarikat - FGV Kernel Products Sdn Bhd (16.67 peratus), FGV Refineries Sdn Bhd (33.33 peratus) dan FGV Marketing Services Sdn Bhd (49 peratus) pada harga RM54.70 juta.
Sementara itu, FHB akan membeli baki kepentingan dalam lima syarikat iaitu FGV Agri Services Sdn Bhd (23.08 peratus), FGV Transport Services Sdn Bhd (49 peratus), FGV Security Services Sdn Bhd (49 peratus), FGV Prodata Systems Sdn Bhd (20 peratus) dan FGV Rubber Industries Sdn Bhd (28.57 peratus) dengan harga RM175.05 juta.
FGV berkata pengambilalihan itu akan dibiayai sepenuhnya menerusi gabungan RM140 juta dalam pinjaman baharu dan RM89.7 juta daripada dana dalaman.
"Langkah itu akan membolehkan FGV menyelaraskan operasi dan memperoleh kawalan lebih baik ke atas pembuatan keputusan strategik dan pengurusan prestasi di seluruh anak syarikatnya," katanya.
Selain itu, kumpulan itu berkata cadangan pengambilalihan akan membolehkan Kumpulan FGV menyelaraskan operasi perniagaan syarikat dan memudahkan membuat keputusan lebih pantas, lebih sejajar dengan hala tuju strategik kumpulan itu.
Cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku ketiga 2025, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan kawal selia.
Maybank Investment Bank adalah penasihat utama manakala QuantePhi Sdn Bhd telah dilantik sebagai penasihat bebas untuk menilai kesaksamaan perjanjian itu kepada pemegang saham minoriti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV
#pemilikan penuh
#KPF
#lapan syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan