awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV tidak bercadang teruskan minat Perspective Lane jadi pemegang saham terbesar

Bernama
Bernama
08/03/2021
13:20 MYT
FGV tidak bercadang teruskan minat Perspective Lane jadi pemegang saham terbesar
FGV Holdings Bhd (FGV) tidak merancang meneruskan cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd untuk menjadi pemegang saham terbesarnya. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) tidak merancang meneruskan cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd untuk menjadi pemegang saham terbesarnya.
"FGV ingin mengumumkan bahawa cadangan ini tidak akan diteruskan lagi berikutan pengambilalihan mandatori tanpa syarat daripada Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengambil alih semua baki saham biasa dalam FGV tidak dipegang oleh pembuat tawaran dan pihak terbabit yang bertindak secara bersama-sama," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pada 15 Okt 2020, syarikat perladangan itu mendedahkan ia telah menerima sepucuk surat daripada Perspective Lane yang menyatakan minat menjadi pemegang saham menerusi suntikan aset perladangan ke dalam FGV bagi pertimbangan mendapatkan kepentingan saham.
Sekiranya perjanjian itu dipertimbangkan, Perspective Lane berpotensi menjadi pemegang saham tunggal terbesar.
Sementara itu, Felda dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia menyatakan ia telah membeli dua juta lagi saham dalam FGV daripada pasaran terbuka pada RM1.30 sesaham.
Maybank IB, penasihat prinsipal kepada Felda berhubung tawaran pengambilalihan bagi saham FGV itu berkata Felda membuat pembelian itu pada Khamis, 5 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#FGV
#Felda
#bank
#syarikat perladangan
#Perspective Lane
#pemegang saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan