awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firefly lancar jualan akhir tahun

Bernama
Bernama
20/11/2012
02:49 MYT
Firefly lancar jualan akhir tahun
Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, telah melancarkan jualan akhir tahun (Y.E.S) dengan diskaun sebanyak 20 peratus untuk para penumpang yang mahu berjimat untuk rancangan perjalanannya tahun depan.
Dalam satu kenyataan hari Isnin, syarikat penerbangan itu berkata diskaun itu boleh digunakan di semua destinasi Firefly, untuk semua penerbangan, termasuk hujung minggu, cuti sekolah dan pengembaraan masa puncak, mulai 8 Jan hingga 30 Jun, 2012.
Tempoh tempahan dibuka sehingga 25 Nov, 2013. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata inilah kali pertama syarikat penerbangan itu menawarkan jualan dalam bentuk ini dan dengan tempoh pengembaraan yang panjang.
"Apa yang membuatkan Y.E.S berbeza dengan tawaran tambang rendah yang lain ialah penumpang yang memutuskan bila dan ke mana mereka hendak pergi kerana diskaun itu boleh digunakan untuk semua destinasi dan semua tarikh dalam tempoh perjalanan itu.
"Dengan tawaran tambang yang rendah, penumpang perlu terbang pada tarikh yang mempunyai tempat duduk tambang rendah.
"Selain daripada itu, pertumbuhan ketara Fireflylah yang menyaksikan pengenalan destinasi baharu dan tiga laluan baharu, membolehkan kami menawarkan promosi menarik ini di keseluruhan laluan kami," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Firefly Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan