Skip to main content

Bisnes

Zetrix AI akui tidak mampu lunas tunggakan RM2 bilion di bawah program sukuk wakalah

Zetrix AI mengesahkan tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar balik keseluruhan tunggakan RM2 bilion di bawah program sukuk wakalahnya. - Foto Astro AWANI
Zetrix AI mengesahkan tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar balik keseluruhan tunggakan RM2 bilion di bawah program sukuk wakalahnya. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd (Zetrix AI) mengesahkan bahawa syarikat itu kini tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar balik keseluruhan tunggakan berjumlah RM2 bilion di bawah program sukuk wakalahnya.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Zetrix AI menjelaskan bahawa ia sebagai maklum balas kepada persoalan mengenai sama ada syarikat itu mempunyai keupayaan kewangan untuk membayar balik jumlah prinsipal dan asas bagi penilaian lembaga pengarah. 

“Mesyuarat seterusnya dengan pemegang sukuk masih belum ditetapkan kerana masih menunggu perkembangan terkini melibatkan satu lagi pelanggaran, iaitu pembayaran balik sebanyak RM25 juta yang masih belum dibuat. 

Advertisement

“Zetrix AI berhasrat untuk melunaskan jumlah itu sebelum mesyuarat dengan pemegang sukuk diadakan,” menurut syarikat itu. 

Pada 16 Oktober 2026, Zetrix AI mengumumkan bahawa ia berdepan dengan potensi pelanggaran syarat perjanjian di bawah program sukuk wakalah selepas Pengarah Urusannya, Wong Thean Soon, yang  bukan lagi merupakan pemegang saham terbesar tunggal syarikat itu, akibat penjualan paksa saham oleh pihak bank. 

Advertisement

– BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement