KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memberi tempoh kepada firma insurans asing sehingga akhir 2023 sama ada mahu mengurangkan kepentingan dalam usaha niaga tempatan mereka atau menyumbang kepada dana amal, selepas lebih sedekad keperluan itu diperkenalkan.
Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber yang tidak mahu dikenali berhubung perkara itu, firma insurans asing yang tidak mematuhi had pemilikan pada tarikh tutup ditetapkan perlu membayar kepada program insurans kesihatan negara dikenali sebagai Dana Perlindungan Kesihatan B40.
Inisiatif itu, yang dimulakan pada 2018 oleh kerajaan, menyediakan perlindungan kepada isi rumah berpendapatan rendah yang memerlukan rawatan untuk penyakit kritikal.
"Syarikat insurans yang menyumbang kepada dana untuk kumpulan pendapatan 40% terbawah ini akan dianggap telah mematuhi had pemilikan," katanya dalam laporan berkenaan yang dipetik daripada portal The Edge hari ini.
Pemegang saham asing menerima syarat pelupusan itu apabila mereka memasuki pasaran Malaysia, kata BNM sebagai menjawab pertanyaan daripada Bloomberg News.
Bank pusat terus berhubung rapat dengan pemegang saham asing mengenai rancangan pelupusan mereka dan tidak mengulas mengenai kes tertentu.
Antara syarikat insurans antarabangsa yang mempunyai usaha niaga di negara ini termasuklah AIA Group Ltd, Prudential plc, Tokio Marine Holdings Inc dan Zurich Insurance Group AG.
Great Eastern Holdings Ltd Singapura adalah satu-satunya syarikat insurans asing yang mengumumkan sumbangan secara terbuka setakat ini, menjanjikan RM2 bilion kepada dana B40 pada 2019, menurut pemfailan bursa saham.
Bloomberg berkata, tarikh akhir itu akan menyaksikan BNM menguatkuasakan had yang diperkenalkan pada 2009 dengan liberalisasi pemilikan asing.
"Keputusan itu memberi mandat bahawa syarikat insurans asing dibenarkan memegang maksimum 70% dalam firma tempatan, tetapi kebanyakannya tidak diendahkan sehingga 2017 apabila pengawal selia mengeluarkan arahan yang mengingatkan penanggung insurans mereka perlu memenuhi keperluan itu," jelasnya.
Cadangan untuk mengenakan tarikh akhir bagi pematuhan pada 2018 gagal berikutan perubahan dalam kerajaan dalam pilihan raya umum ketika itu.
Malah, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus memberitahu pemberita pada masa itu bahawa penanggung insurans asing akan diberi sedikit kelonggaran untuk meneruskan pilihan, dan tarikh akhir akan ditentukan mengikut kes demi kes. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Jul 18 2022
Bank Negara Malaysia terus berhubung rapat dengan pemegang saham asing mengenai rancangan pelupusan mereka. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Firma insurans asing dilaporkan diberi tempoh hingga akhir 2023 patuhi had pemilikan ekuiti
Firma yang tidak patuh had pemilikan pada tarikh tutup ditetapkan perlu bayar kepada Dana Perlindungan Kesihatan B40.