Ford dan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), kini menawarkan rebat tunai sehingga RM15,000 ke atas model-model terpilih di seluruh negara.

Mulai sekarang hingga 30 Sept, pelanggan boleh menikmati rabat tunai sehingga RM15,000 bagi Kuga, RM13,500 bagi EcoSport dan sehingga RM8,000 untuk Focus dan Fiesta, demikian menurut kenyataan daripada SDAC hari ini.

SDAC juga memberi ganjaran kepada pelanggan menerusi cabutan bertuah yang berlangsung sehingga 31 Ogos.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar kenderaan Ford sepanjang tempoh itu berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk 200,000 AirAsia Big Points, unit navigasi GPS dan baucar membeli-belah bernilai RM500 setiap satu.

Pengarah Urusan SDAC Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata: "Sempena kita meraikan bersama-sama ulang tahun ke-59 kemerdekaan Malaysia, kami berbesar hati menawarkan tawaran dan promosi hebat ini kepada pelanggan setia kami."