awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/02/2023
00:20 MYT
Gempa Turkiye: Ekonomi dijangka memburuk, pelancongan teruk terjejas
Profesor Dr Selva Demiralp berkata selain menjejaskan rantaian bekalan, sektor pelancongan juga bakal menerima impak buruk akibat tragedi itu. - Foto Facebook/Selva Demiralp
KUALA LUMPUR: Ekonomi Turkiye yang kini berdepan kelembapan pemulihan pasca COVID-19 dijangka memburuk susulan gempa bumi yang melanda tenggara republik itu pada Isnin.
Profesor Ekonomi di Koc University Istanbul, Profesor Dr Selva Demiralp berkata selain menjejaskan rantaian bekalan, sektor pelancongan juga bakal menerima impak buruk akibat tragedi itu.
"Tenggara Turki kaya dengan warisan sejarah dan mampu menarik pelancong dari seluruh dunia.
"Gempa bumi yang berlaku bukan sahaja akan memberi kesan buruk serta-merta terhadap pelancongan di kawasan itu, tetapi ia juga boleh mengurangkan permintaan keseluruhan pelancongan Turki sebagai destinasi percutian," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut beliau, selepas gempa bumi yang berlaku pada tahun 1999, hasil pelancongan Turki telah merosot sebanyak 40 peratus.
Industri pelancongan menyumbang empat hingga enam peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Turkiye.
"Jadi saya menjangkakan penyusut beberapa mata peratusan KDNK disebabkan kehilangan hasil pelancongan tersebut," katanya.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turkiye
#pemulihan ekonomi
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan