Skip to main content

Dunia

AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran

U.S. President Donald Trump checks his watch during an event to celebrate federal judicial confirmations in the East Room of the White House in Washington, D.C., U.S., November 6, 2019. REUTERS/Jonathan Ernst
Trump sebelum ini mengumumkan sekatan ke atas pelabuhan Iran yang dijadualkan berkuat kuasa pada pukul 2 petang (1400 GMT) Isnin. - Gambar fail/Reiters

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) mula melaksanakan sekatan terhadap semua trafik maritim yang memasuki dan keluar daripada pelabuhan Iran pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), yang bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan di Asia Barat dan kawasan lain, pada Ahad menyatakan bahawa sekatan itu akan "dikuatkuasakan secara saksama terhadap kapal dari semua negara" yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran di Teluk dan Teluk Oman.

Advertisement

"Pasukan CENTCOM tidak akan menghalang kebebasan navigasi bagi kapal yang transit di Selat Hormuz menuju ke dan dari pelabuhan bukan milik Iran," menurut kenyataan itu.

Presiden AS Donald Trump sebelum ini mengumumkan sekatan ke atas pelabuhan Iran yang dijadualkan berkuat kuasa pada pukul 2 petang (1400 GMT) Isnin.

Pengumuman itu menyusuli rundingan langsung yang jarang berlaku antara AS dan Iran di Pakistan pada hujung minggu bertujuan menamatkan perang yang bermula pada 28 Feb lalu, namun rundingan berkenaan gagal mencapai sebarang persetujuan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video