awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM arah titi gantung runtuh di Kuala Krai segera diganti
Pelabuhan Klang, PTP catat rekod baharu peningkatan jumlah pengendalian kontena pada 2025
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Glide Technology terajui inovasi tenaga hijau, minyak penebat sawit pertama Malaysia dilancar

Naz Raseed
Naz Raseed
02/10/2025
06:30 MYT
Glide Technology terajui inovasi tenaga hijau, minyak penebat sawit pertama Malaysia dilancar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Bernadick melakukan lawatan kerja rasmi ke fasiliti baharu Glide Technology Sdn Bhd di Shah Alam, hari ini. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, mengadakan lawatan kerja rasmi ke Glide Technology Sdn Bhd hari ini, sekali gus mengiktiraf kejayaan syarikat itu sebagai peneraju SME Bumiputera dalam industri tenaga negara.

Ringkasan AI
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, mengiktiraf Glide Technology sebagai peneraju SME Bumiputera dalam industri tenaga, sambil melancarkan MPOB-GLIDE Palm Oil-Based Insulating Oil hasil kerjasama dengan MPOB.
  • Produk minyak penebat berasaskan 100% minyak sawit tempatan ini ditawarkan dalam tiga variasi (Natural Ester, Modified Ester, Synthetic Ester), memenuhi piawaian ESG global dan MSPO, dengan potensi pasaran global mencecah AS$2.5 bilion menjelang 2033.
  • Glide turut merasmikan makmal R&D baharu, memeterai kerjasama strategik dengan UniKL dan KTMB, serta merancang kemudahan pengeluaran automasi penuh berkapasiti 8,000MT sebulan untuk menjadikan Malaysia hab minyak penebat sawit lestari.

Lawatan ini turut menyaksikan pelancaran MPOB-GLIDE Palm Oil-Based Insulating Oil, iaitu minyak penebat pertama berasaskan 100% minyak sawit tempatan yang dihasilkan hasil kerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Datuk Ewon berkata, kerjasama strategik ini mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memastikan GLC dan SME Bumiputera bergerak seiring membangunkan ekosistem industri yang lebih mampan.
“Kerjasama strategik seperti ini mencerminkan aspirasi kerajaan untuk memastikan GLC dan SME Bumiputera bergerak seiring dalam memperkukuh ekosistem industri negara, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing di peringkat global,” katanya.
Produk minyak penebat tersebut ditawarkan dalam tiga variasi Natural Ester, Modified Ester, dan Synthetic Ester, sekali gus memenuhi piawaian ESG global serta pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
Presiden Glide Technology, Datuk Muhazli Muhamad menjelaskan bahawa potensi pasaran minyak penebat berasaskan ester ini amat besar.
“Pasaran minyak penebat berasaskan Natural Ester dianggarkan bernilai AS$1.2 bilion pada 2024 dan dijangka meningkat sehingga AS$2.5 bilion menjelang 2033 dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 8.25 peratus hingga 9.2 peratus. Kami berharap TNB dan IPP akan tampil menyokong inisiatif berani ini dengan menjadi juara kepada minyak penebat MPOB-GLIDE,” katanya.
Selain itu, Datuk Ewon turut merasmikan fasiliti makmal penyelidikan baharu Glide Technology yang dilengkapi peralatan ujian terkini hasil sokongan SME Bank, sekali gus meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat.
Selain itu, majlis itu juga menyaksikan beberapa pemeteraian kerjasama strategik termasuk pertukaran Letter of Intent bersama UniKL Resources Sdn Bhd, serta MoA dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah Program Pembangunan Vendor.
Dalam masa sama, Glide turut mengumumkan rancangan masa depan bagi membangunkan kemudahan pengeluaran automasi penuh dengan kapasiti sehingga 8,000MT sebulan, di samping membuka peluang kepada pelabur strategik tempatan dan antarabangsa.
Dengan sokongan TNB dan kerjasama penjenamaan bersama Petronas Lubricants International (PLI), Glide yakin Malaysia mampu muncul sebagai hab pengeluaran minyak penebat sawit lestari untuk pasaran global.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#GLC
#MPOB
#GLIDE Technology
#Petronas
#KTMB
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan