KUALA LUMPUR: Pengendali Go Shop, Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS), bakal menghentikan sepenuhnya operasi perniagaan mereka pada 11 Oktober ini.
Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan strategik itu dilakukan selepas melihat kepada landskap ekonomi yang mencabar dan perubahan tingkah laku beli-belah pengguna secara keseluruhan.
Selain itu ia berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada strategik penjajaran semula yang sedang dijalankan oleh Astro, termasuk pelaksanaan langkah-langkah utama penjimatan kos.
“Penurunan dalam perniagaan beli-belah dari rumah adalah ketara sejak pandemik dan penutupannya akan memastikan sumber ditumpu terhadap perniagaan-perniagaan yang mampu menyumbang perbezaan terbesar kepada keseluruhan operasi.
“Go Shop tidak dianggap sebagai anak syarikat material AMH dan tidak dijangka mempunyai kesan material ke atas jumlah pendapatan yang disatukan sesaham, aset bersih sesaham atau dalam persediaan untuk tahun kewangan berakhir 2024,” menurut kenyataan itu lagi.
Astro GS Shop Sdn Bhd, merupakan anak syarikat AMH melalui Astro Retail Ventures Sdn Bhd (ARV), dan rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR), dengan masing-masing memegang 60-40 kepentingan ekuiti.
Dalam kenyataan yang sama, Go Shop merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsinya atas sokongan mereka sejak beberapa tahun lalu.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Go Shop atas semangat dan dedikasi mereka terhadap jenama iniselama bertahun-tahun,” menurut kenyataan itu lagi.
Firdaus Azil
Mon Oct 02 2023

Astro Malaysia Holdings Bhd berkata, keputusan strategik itu dilakukan selepas melihat kepada landskap ekonomi yang mencabar dan perubahan tingkah laku beli-belah pengguna secara keseluruhan.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru

Go Shop henti operasi 11 Okt ini, sebahagian strategi penjajaran semula Astro
Keputusan strategik itu dilakukan selepas melihat kepada landskap ekonomi mencabar, perubahan tingkah laku pengguna secara keseluruhan.

'Beli Ikhlas Dari Hati' tawaran istimewa Go Shop sempena Ramadan
Pelbagai diskaun menarik di Go Shop, termasuk penghantaran percuma!

Go Shop tawar pelbagai promosi, acara hebat sempena ulang tahun ke-8
Sempena ulang tahun ke-8, Go Shop akan memberikan pelbagai ganjaran dan tawaran menarik khas buat pelanggan setia mereka.

Lebih banyak belanja, lebih banyak jimat dengan kempen 'Macam-macam Ada' Astro Go Shop
Astro Go Shop kini menawarkan pakej pelancongan tempatan bawah RM80.

Go Shop tawar hadiah percuma bernilai RM3.5 juta sempena ulang tahun ke-7
Program istimewa yang berlangsung selama dua hari itu sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan mereka atas sokongan dan kepercayaan.

Go Shop tawar pelbagai tawaran menarik sempena bulan kemerdekaan
Menerusi kempen 'Kita Sayang Malaysia, ganjaran berganda bakal diberikan sehingga 31 Ogos ini.

Go Shop jenama semula CH111 kepada BAARU, sasar lebih ramai golongan milenial
Go Shop BAARU akan menampilkan variasi produk baharu, lebih kontemporari dan menarik, istimewa untuk pekerja profesional dan keluarga masing-masing.

Berbelanja dari rumah, Go Shop tawar diskaun sehingga 60 peratus
Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan sehingga 60 peratus.

Go Shop tawar penghantaran percuma dan diskaun sempena Kaamatan, Gawai
Platform membeli-belah gaya hidup dan e-dagang, Go Shop menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan diskaun sehingga 50 peratus bersempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

'10 Mil Syoking', kempen raikan kejayaan penjualan 10 juta produk Go Shop
Menerusinya pelbagai tawaran menarik dilakukan dengan melibatkan selebriti terkemuka tanah air selain diskaun lebih 50 peratus.