awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Goldman Sachs mengaku tidak bersalah tuduhan terbitan bon 1MDB RM27.2 bilion

Bernama
Bernama
24/02/2020
09:53 MYT
Goldman Sachs mengaku tidak bersalah tuduhan terbitan bon 1MDB RM27.2 bilion
Wakil syarikat itu, Ng Keng Leong membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah semasa pengurusan kes itu hari ini. - Gambar fail
Wakil Goldman Sachs International Ltd, yang berpangkalan di United Kingdom dan entitinya di Asia, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini berhubung terbitan bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM27.2 bilion (US$6.5 bilion).
Wakil syarikat itu, Ng Keng Leong membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah semasa pengurusan kes itu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zaki Asyraf Zubir, Norinna Bahadun, Aaron Chelliah dan Mohamad Mustaffa P. Kunyalam mewakili pihak pendakwaan, manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Krishna Dallumah, Datuk Prem Ramachandran dan Chetan Jethawani mewakili Goldman Sachs.
Zaki Asyraf memohon semua pertuduhan terhadap ketiga-tiga entiti itu dibicarakan bersama dan beliau juga memberitahu mahamah pihak pendakwaan akan memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh perbicaraan pada 9, 10, 11, 12, dan 13 Nov tahun ini; 4, 5, 6, 7 dan 8 Jan 2021; 15, 16, 17, 18, 19, 22, 23, 24, 25 dan 26 Feb; 8, 9, 10, 11, 15, 16, 17 dan 18 Mac serta 5, 6, 7, 8, 12, 13, 14 dan 15 April.
Mahkamah juga menetapkan 18 Mei untuk pengurusan kes.
Pada Disember 2018, Malaysia memfailkan empat pertuduhan terhadap Goldman Sachs di Mahkamah Majistret di sini kerana didakwa meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments PJS Ltd (Aabar).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, di sini antara 19 Mac 2012 hingga 11 Nov 2013.
Syarikat itu didakwa mengikut seksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira US$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Amerika Syarikat
#Goldman Sachs
#Jabatan Keadilan Amerika Syarikat
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan