awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GV Ride tawar perkhidmatan tambang percuma di Subang sepanjang April ini

Kenyataan Media
Kenyataan Media
26/03/2025
05:43 MYT
GV Ride tawar perkhidmatan tambang percuma di Subang sepanjang April ini
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand, sambutan luar biasa daripada masyarakat Subang Jaya mendorong pihak syarikat untuk melanjutkan tawaran promosi sepanjang bulan April ini.- Foto Astro AWANI
SUBANG JAYA : GV Ride, penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, kini melancarkan kempen “Free Rides Subang” atau "tambang percuma" sepanjang bulan April ini kepada penduduk dan pengunjung di sekitar Subang Jaya.
GV Ride yang dimiliki GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV) berkata promosi itu diumumkan susulan sambutan hangat daripada penduduk Subang Jaya selepas pelancaran kempen "Free Rides Subang - Petaling Jaya - Kajang" yang telah dirasmikan sebelum ini oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Ng Sze Han,
Majlis pelancaran tersebut telah diadakan dengan jayanya di Sunway Pyramid pada Februari lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand, sambutan luar biasa daripada masyarakat Subang Jaya mendorong pihak syarikat untuk melanjutkan tawaran promosi tambang percuma khusus di Subang Jaya sepanjang bulan April ini.
"Langkah ini diambil sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh warga Subang Jaya, di samping memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tempatan yang lebih selamat dan berkualiti.
"Kempen Free Rides Subang ini berlangsung dari 1 April hingga 30 April ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif GV Ride "1 Million Free Ride Kempen", yang bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan mereka," katanya.
Sementara itu, Kabeer berkata cara untuk mendapatkan perjalanan percuma adalah dengan memuat turun aplikasi GV Ride melalui "Google Play Store" atau "Apple App Store".
Selain itu, Kabeer berkata pengguna perlu lengkapkan pendaftaran sebagai penumpang, tempah perjalanan seperti biasa, dengan syarat lokasi penjemputan berada di dalam kawasan Subang Jaya.
"Setiap pengguna layak untuk satu perjalanan percuma sehari, dengan had tambang percuma maksimum sebanyak RM30 termasuk tol.
"Jika tambang melebihi RM30, penumpang perlu membayar baki selebihnya kepada pemandu," katanya.
Tambahnya lagi, promosi itu terhad kepada jumlah subsidi RM500,000 dan akan berakhir sebaik sahaja peruntukan ini digunakan sepenuhnya.
Kabeer berkata pihak GV Ride berharap tawaran itu dapat memberikan manfaat kepada penduduk Subang Jaya dalam mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yang mudah, selamat dan dipercayai.
Topic Berkaitan
#GV Ride
#Kabeer Singh Maand
#GV Car Ventures Sdn Bhd
#e-hailing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan