Skip to main content

Sukan

Azman Adnan dilantik Pengarah Teknikal KL City

Azman Adnan, sebagai bekas pemain Kuala Lumpur, layak untuk menjadi pengarah teknikal kelab itu. - Foto Astro Arena
Azman Adnan, sebagai bekas pemain Kuala Lumpur, layak untuk menjadi pengarah teknikal kelab itu. - Foto Astro Arena

Advertisement

Advertisement

PENGERUSI Kuala Lumpur City, Syed Yazid Syed Omar, mengesahkan bahawa penyerang legenda negara, Azman Adnan, telah dilantik sebagai pengarah teknikal baharu kelab itu bagi menggantikan Sulaiman Hussin sejak pertengahan bulan lalu.

Menurutnya, kelab berkenaan memang memerlukan bekas pemain mereka untuk mengisi jawatan itu dan Azman memenuhi kriteria yang diperlukan.

"Azman Adnan sudah dilantik dan sudah bersama pasukan untuk tiga perlawanan.

Advertisement

"Dia layak untuk menjadi pengarah teknikal dan di KLFA (Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur) dan KL City, kami memang mencari seorang bekas pemain Kuala Lumpur, jadi kami melantik Azman Adnan," katanya.

Must Watch Video

Advertisement