awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak naik hari kedua selepas OPEC+ umum peningkatan pengeluaran

Bernama
Bernama
07/10/2025
06:56 MYT
Harga minyak naik hari kedua selepas OPEC+ umum peningkatan pengeluaran
Laporan bahawa pengeluaran sebanyak 200,000 tong sehari telah disambung semula di wilayah Kurdistan utara Iraq selepas digantung sejak 2023, menambah tekanan pasaran. - Gambar hiasan/ Reuters
WASHINGTON: Harga minyak mentah kekal meningkat untuk hari kedua berturut-turut pada Isnin selepas pengeluar utama dalam kumpulan OPEC+ mengumumkan peningkatan pengeluaran bagi November yang lebih kecil daripada jangkaan.
Bagaimanapun, kenaikan itu sederhana dengan purata keuntungan harian sekitar satu peratus berbanding kejatuhan hampir tujuh peratus dalam jualan besar-besaran selama empat hari minggu lepas, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Minyak mentah Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran November meningkat sebanyak US$0.81 atau 1.3 peratus untuk ditutup pada US$61.69 setong, selepas naik 0.7 peratus pada Jumaat.
Minyak mentah Brent United Kingdom bagi penghantaran Disember pula menokok US$0.94 atau 1.5 peratus kepada US$65.47 setong.
Lapan pengeluar minyak utama dalam OPEC+ -- Arab Saudi, Rusia, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman -- pada Ahad mengumumkan peningkatan pengeluaran bulanan kedua berturut-turut sebanyak 137,000 tong sehari (bpd). Pasaran sebelum ini menjangkakan peningkatan antara dua hingga empat kali ganda lebih besar.
Penganalisis menyambut baik langkah sederhana OPEC+ itu namun turut menyuarakan kebimbangan terhadap permintaan minyak di Amerika Syarikat yang semakin menurun.
"Jika permintaan jatuh lebih daripada jangkaan - seperti yang berlaku baru-baru ini di AS - kesannya boleh menjadi sebaliknya, sekali gus menjejaskan keseimbangan antara bekalan dan permintaan serta mencetuskan lebihan bekalan terhadap permintaan yang lemah," kata penganalisis Julian Pineda dalam ulasan di Forex.com.
"Keadaan ini boleh menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap minyak mentah dan menghidupkan semula tekanan jualan yang dilihat dalam minggu-minggu sebelumnya," katanya lagi.
Peralihan dasar OPEC+ - daripada bertahun-tahun pengurangan pengeluaran bagi menyokong harga minyak kepada peningkatan bagi menggalakkan eksport - turut menjadi faktor utama kejatuhan harga sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua bulan lepas selepas lonjakan hampir lapan peratus pada Julai.
Menambah tekanan kepada pasaran ialah laporan bahawa pengeluaran sebanyak 200,000 tong sehari telah disambung semula di wilayah Kurdistan utara Iraq selepas digantung sejak 2023.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#OPEC
#harga minyak
#WTI
#Brent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan